Selangor perlu gempur Sabah

Selangor perlu gempur Sabah

SKUAD Selangor ketika menjalani latihan di Shah Alam, kelmarin. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh rehat lebih panjang yang dimiliki Selangor FC perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam aksi menentang Sabah FC dalam aksi Liga Super, hari ini.

Selangor FC juga perlu menjadikan aksi menentang Sabah Stadium Likas sebagai medan menebus maruah selepas impian melangkah ke final Piala FA berkecai.

Kegagalan itu pastinya meninggalkan luka buat skuad Gergasi Merah, namun mereka tidak mempunyai banyak masa untuk terus dibelenggu kekecewaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali Selangor, Kim Pan Gon sudah tidak ada jalan pintas selain memastikan anak-anak buahnya lebih bersedia bagi mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super.

Selangor perlu membuktikan kegagalan dalam Piala FA tidak merencatkan misi mereka dalam liga, namun cabaran di Likas bukan mudah kerana Sabah FC turut bertekad menjadikan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri sebagai pembakar semangat.

The Rhinos juga mahu segera bangkit selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada KRW FC, sekali gus menjadikan pertemuan itu penting buat kedua-dua pasukan untuk kembali ke landasan kemenangan.

Pengendali Sabah, Juan Torres Garrido sebelum ini mengakui masih tidak berpuas hati dengan prestasi pasukannya dan menuntut perubahan segera, khususnya dari segi sikap pemain menjelang pertemuan dengan Selangor.

“Banyak perkara bermain dalam fikiran saya dan saya tidak gembira dengan prestasi pasukan. Semua pemain tetap bermotivasi.

“Kami masih mempunyai masa untuk membuat persiapan dan perlu melakukan perubahan terutamanya daripada segi sikap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini