India minta Netflix sekat tayangan siri Pakistan

India minta Netflix sekat tayangan siri Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kerajaan India meminta platform penstriman Netflix tidak menayangkan siri terbitan Pakistan di negara itu susulan bantahan sebuah kesatuan pekerja filem, lapor media semalam.

Kesatuan Pekerja Filem Seluruh India (AICWA) sebelum ini mengutus surat kepada Perdana Menteri, Narendra Modi pada 24 November lalu, menggesa kerajaan menghalang penayangan siri berkenaan di India.

Siri berbahasa Urdu pertama terbitan Netflix, Jo Bachay Hain Sang Samait Lo (All The Love Our Hearts Carry), dijadualkan mula ditayangkan di seluruh dunia pada 4 Disember ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber kerajaan India yang dipetik agensi berita ANI, Netflix memaklumkan Kementerian Penerangan dan Penyiaran pada Jun 2025 pihaknya tidak menyediakan sebarang filem atau siri terbitan Pakistan kepada pelanggan di India.

ANI turut memetik sumber berkata, kerajaan India kini meminta Netflix mematuhi komitmen itu susulan aduan berhubung kemungkinan siri terbaharu berkenaan ditayangkan di negara tersebut.

Netflix bagaimanapun belum memberikan maklum balas terhadap permintaan Reuters untuk mengulas perkara itu.

New Delhi sejak beberapa dekad lalu menuduh Islamabad membantu dan menyokong serangan kumpulan militan Islam di India, termasuk serangan terhadap pelancong beragama Hindu di Kashmir yang ditadbir India tahun lalu sehingga mengorbankan 26 orang.

Serangan itu mencetuskan pertempuran paling buruk antara kedua-dua negara dalam tempoh beberapa tahun. Pakistan bagaimanapun menafikan tuduhan berkenaan.

India merupakan pasaran penting bagi Netflix dengan anggaran 20 juta pengguna, menurut HSBC, selain mempunyai kumpulan pengguna muda yang semakin berkembang hasil akses kepada perkhidmatan internet pada kos rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini