Speedy Tigers layak ke final PSAS

Speedy Tigers layak ke final PSAS

AZRAI Aizad Abu Kamal (tengah) ketika beraksi menentang Pakistan di Ipoh, Perak, hari ini. - IHSAN AHF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia layak ke perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-32 bertemu Australia sekali lagi selepas mengikat Pakistan 5-5 sebentar tadi.

Memerlukan keputusan seri untuk menyingkir Pakistan dari segi perbezaan gol, anak buah Brendon Carolan berjaya melakukannya apabila bangkit di 10 minit terakhir untuk menyamakan kedudukan.

Segalanya bagaikan tidak memihak kepada Malaysia apabila mensia-siakan peluang menjaringkan gol termasuk melalui pukulan penalti strok serta 10 pukulan sudut penalti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang sensasi, Faizal Saari muncul wira Malaysia apabila meledak tiga gol termasuk gol terakhir untuk Malaysia melayakkan diri ke final.

Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan Malaysia di hadapan seawal minit ke-3.

Bagaimanapun Ahmad Nadeem memadam kelebihan itu dengan dua jaringan pada minit ke-13 dan 15 untuk Pakistan mendahului 2-1.

Pemain tengah berpengalaman negara, Marhan Jalil kembali mengikat kedudukan 2-2 melalui pukulan sudut penalti.

Bagaimanapun Pakistan kembali berada 4-2 di hadapan selepas itu melalui gol Muhammad Ammad pada minit-34. dan Hannan Shahid minit-48.

Sufyan Khan kemudian menjadikan kedudukan 5-4 pada minit ke-57 dan ketika Pakistan menjangka mereka sudah menang Faizal memusnahkan mereka dengan menyumbat masuk gol penyamaan dari penalti stroke pada minit ke-58. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini