Musk beri dua saham SpaceX kepada kanak-kanak AS

Musk beri dua saham SpaceX kepada kanak-kanak AS

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Elon Musk berjanji setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) akan menerima dua saham SpaceX, syarikat angkasa lepas dan kecerdasan buatan (AI) yang diterajuinya, dengan nilai keseluruhan pemberian itu dianggarkan lebih AS$18 bilion (RM74 bilion).

Musk, lelaki terkaya dunia, berkata, satu saham akan diberikan oleh syarikat itu dan satu lagi daripada beliau sendiri menerusi hantaran ringkas di platform X tanpa memberikan butiran lanjut.

Dalam hantaran berasingan, Musk berkata, saham SpaceX itu akan dipindahkan bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saham yang diberikan terus daripada saya akan dipindahkan selepas tempoh sekatan penjualan saham saya tamat pada Jun tahun depan,” katanya.

SpaceX sebelum itu mengumumkan akan menyumbangkan satu saham biasa Kelas A yang baharu diterbitkan kepada setiap akaun Trump Account yang masih aktif, dengan Musk turut berjanji menyamai jumlah saham yang disumbangkan syarikat itu menggunakan saham miliknya sendiri.

Lapor Reuters, program Trump Accounts diwujudkan bagi memberi rakyat AS yang lahir antara 2025 hingga 2028 peluang memiliki saham dalam pasaran serta membina kekayaan sejak usia muda.

SpaceX belum memberikan maklum balas segera terhadap pertanyaan sama ada sumbangan saham Musk itu akan dikaitkan dengan Trump Accounts atau tertakluk kepada tempoh sekatan penjualan saham.

Dianggarkan terdapat kira-kira 72 juta kanak-kanak berusia bawah 18 tahun di AS. Musk turut berkata, pemberian saham yang mewakili pegangan dalam ekonomi masa depan secara langsung kepada rakyat merupakan pendekatan yang wajar.

Kebanyakan usaha kebajikan Musk disalurkan menerusi Musk Foundation, yang dilaporkan memiliki aset lebih AS$14 bilion (RM57.65 bilion).

Pada Oktober lalu, Presiden SpaceX, Gwynne Shotwell dan suaminya turut berjanji menyumbangkan saham SpaceX kepada lebih dua juta kanak-kanak menerusi inisiatif Trump Accounts.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini