Bobo KL, Ohh! Jazz angkat pemuzik tempatan di pentas global - Utusan Malaysia

Bobo KL, Ohh! Jazz angkat pemuzik tempatan di pentas global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Inisiatif strategik antara ruang muzik ikonik ibu kota, BoboKL dan platform penstriman global, Oh! Jazz membuka ruang kepada pemuzik tempatan mengetengahkan bakat apabila persembahan mereka dapat dinikmati serta diakses penonton seluruh dunia.

Langkah bersejarah itu dimulakan BoboKL menerusi persembahan istimewa Kebaya Jazzyang menggabungkan kehebatan pemain piano, Tay Cher Siang, WVC Jazz Ensembledan penyanyi bervokal lantang, Ida Mariana, baru-baru ini.

Menerusi kerjasama itu, BoboKL kini berdiri sebaris dengan venue muzik secara langsung terkemuka di pasaran utama dunia seperti Tokyo, London, Sydney, São Paulo dan Pittsburgh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai permulaan, kerjasama ini memberi tumpuan kepada projek Malaysian Real Book, sebuah kompilasi karya yang diusahakan pemuzik tempatan bagi mendokumentasi khazanah muzik negara.

Diterajui Michael Veerapen dan Tay Cher Siang sebagai pengarah artistik bersama, inisiatif ini menjadi landasan penting untuk merakam serta memperkenalkan irama jazz tempatan ke mata dunia.

Keunikan muzik Malaysia yang menggabungkan rencah tradisi Melayu, Cina, India, masyarakat pribumi serta muzik berbahasa Inggeris dilihat sebagai identiti asli yang cukup memikat untuk diketengahkan ke peringkat global.

Pemilik dan pengasas bersama BoboKL, Deborah Michael berkata, gabungan bersama Oh! Jazz membolehkan pengalaman intim antara penghibur dan penonton di venue berkenaan dikongsi secara meluas tanpa batasan geografi.

“Sejak awal lagi, BoboKL sentiasa mengutamakan hubungan erat antara penghibur dan penonton. Bergabung dengan Oh! Jazz membolehkan kami mengekalkan pengalaman intim ini sambil berkongsinya dengan penonton jauh di luar Kuala Lumpur. Kami tidak sabar membuka lebih banyak pintu kepada pemuzik untuk beraksi di sini,” katanya.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Oh! Jazz, Jesús Perezagua menyifatkan jazz Malaysia mempunyai identiti tersendiri apabila ritma kepelbagaian kaum bertemu senada dengan harmoni jazz moden.

“Kami berbangga dapat berganding bahu dengan BoboKL sebagai pentas utama untuk memperkenalkan jazz Malaysia kepada penonton di serata dunia,” ujarnya.

Bagi Tay Cher Siang pula, peluang merakam dan menyiarkan karya daripada Malaysian Real Book ke peringkat antarabangsa adalah langkah yang cukup mengujakan buat penggiat seni tempatan.

“Ini cuma sebahagian daripada bakat dan kreativiti yang kita miliki untuk dikongsi bersama. Saya berterima kasih kepada BoboKL kerana menyediakan ruang untuk pemuzik menghidupkan karya-karya ini serta Oh! Jazz kerana membantu membawanya ke luar Malaysia,” katanya.

Selain projek Malaysian Real Book, pelbagai siaran persembahan secara langsung dari BoboKL sedang dirancang yang merangkumi pelbagai genre, kumpulan muzik dan kolaborasi seni.

Peminat muzik boleh menonton persembahan secara langsung dan atas permintaan ini menerusi platform penstriman berasaskan langganan di laman web rasmi:

www.ohjazz.tv, yang turut menggunakan model perkongsian hasil bagi menyalurkan manfaat terus kepada artis serta lokasi persembahan terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini