Gaza diancam wabak meningitis

Gaza diancam wabak meningitis

DR, SHARIF ABUSHAMMALA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nyawa penduduk Gaza kini bukan saja terancam akibat serangan tidak berperikemanusiaan oleh Israel bahkan terpaksa berdepan ancaman penularan penyakit berjangkit kronik seperti wabak meningitis.

Setakat bulan ini, sebanyak 1,790 kes sudah direkodkan hanya melibatkan kanak-kanak dan bayi yang menghidap me­ningitis iaitu penyakit keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang yang berisiko membawa maut.

Ketua Pegawai Eksekutif Ya­yasan Al-Quds Malaysia, Dr. Sharif Abu Shammala berkata, me­ningitis adalah penyakit yang amat berbahaya bagi rak­yat Palestin khususnya di Gaza kerana bukan saja disebabkan sifat penyakit itu sendiri malah turut dipengaruhi oleh keadaan kehidupan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemusnahan kedia­man dan pembunuhan beramai-ramai telah menyebabkan penduduk berpindah secara be­sar-besar sehingga menjadi pelarian di bumi sendiri.

“Kesesakan di kem-kem pe­nempatan yang tidak memenu­hi piawaian keselamatan dan ke­sihatan telah meningkatkan risiko penularan pelbagai pe­nyakit berjangkit secara meluas termasuklah meningitis,” kata­nya kepada Utusan Malaysia.

Dr. Sharif berkata, penderi­taan pen­duduk Gaza berlanjutan apa­bila sistem bekalan air dan pembentungan telah runtuh me­nyebabkan pencemaran sum­ber air bersih.

Katanya, penduduk yang hi­lang tempat tinggal juga ber­depan kesukaran mendapatkan bekalan air bersih mencukupi untuk diminum, kegunaan ha­rian dan membersihkan diri.

“Antara faktor lain yang mem­burukkan keadaan ialah kekurangan zat makanan akibat sekatan Israel dan halangan terhadap kemasukan bahan makanan berkhasiat secara bebas.

“Malah, bekalan makanan yang dibenarkan masuk masih tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk, selain dijual pada harga tinggi sehingga tidak mampu ditanggung oleh keluarga untuk menyediakan makanan kepada anak-anak mereka,” katanya.

Lebih parah, beliau berkata, kemusnahan hospital serta se­katan kemasukan pelbagai jenis ubat-ubatan, vaksin dan bekalan perubatan, termasuk bahan api serta bahan binaan untuk membina semula fasiliti kesihatan, turut menyebabkan kesukaran mendapatkan rawatan.

“Kesan peperangan dan pem­bunuhan beramai-ramai me­nye­babkan malapetaka terhadap terhadap sektor kesihatan dan kemanusiaan. Sebarang penularan penyakit berjangkit dan berbahaya seperti meningitis boleh berkembang menjadi krisis kesihatan meluas, khusus­nya dalam kalangan kanak-kanak dan bayi.

“Amaran daripada Kementerian Kesihatan di Gaza berhu­bung krisis ini perlu sampai kepada masyarakat antarabangsa serta kerajaan-kerajaan yang telah membentuk Majlis Ke­amanan sejak lebih setahun lalu, namun masih tidak mempunyai keupayaan sebenar untuk membawa keamanan dan keselamatan kepada penduduk Gaza,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini