Lebih 6,000 rakyat Myanmar dihantar pulang bulan depan - Utusan Malaysia

Lebih 6,000 rakyat Myanmar dihantar pulang bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,803 rakyat Myanmar yang berada di Malaysia akan dihantar pulang ke negara asal, Disember ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sudah meluluskan penggunaan tiga kapal angkatan laut untuk membawa pulang 1,500 rakyat Myanmar pada 6 dan 7 Disember ini.

“Selain itu, seramai 5,303 orang akan dibawa pulang menggunakan pesawat atas tanggungan kerajaan Myanmar,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini