ALIST Academy cipta rekod Asia

ALIST Academy cipta rekod Asia

International Next Top Model 2026 menjadi platform berharga buat peserta menimba pengalaman di pentas peragaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ALIST Academy Malaysia melakar pencapaian membanggakan apabila meraih pengiktirafan ASIA Records selepas menghantar 91 pelajar menyertai 38 acara fesyen antarabangsa dengan keseluruhan 270 penyertaan di luar negara.

Pengiktirafan itu diberikan menerusi rekod Most Overseas Event Participations by National Representatives Trained by an Academy’s Founding Instructor in Kids’ Modelling Competitions, Pageants and Fashion Weeks, sekali gus mengiktiraf pencapaian akademi berkenaan dalam membimbing bakat model muda.

Lebih membanggakan, pelajar akademi itu turut berjaya meraih 59 gelaran juara antarabangsa sepanjang tempoh Mac 2023 hingga Oktober 2026 menerusi penyertaan dalam pelbagai pertandingan peragaan, pertandingan ratu cantik dan minggu fesyen di luar negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengiktirafan berkenaan disampaikan bersempena penganjuran International Next Top Model 2026 dan KL Junior Fashion Week yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu di Pavilion Arena, Damansara Heights, di sini.

Pengasas dan Jurulatih Pengasas ALIST Academy of Confidence, Melinda Lee berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen akademi dalam membimbing model muda, selain membuka ruang kepada mereka untuk mengembangkan potensi serta bakat ke pentas antarabangsa.

“Matlamat kami bukan sekadar melahirkan model yang mampu beraksi di pentas peragaan, tetapi membina keyakinan, kemahiran profesional dan memberi mereka peluang untuk membawa bakat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Acara anjuran ALIST Signature itu memasuki edisi ketiga dengan tema A New Generation of Fashion & Talent, sekali gus menghimpunkan model, jenama fesyen, penggiat industri serta juri profesional dari pelbagai negara.

Melinda (dua dari kiri) menerima pengiktirafan Asia Records selepas ALIST Academy Malaysia mencatat pencapaian membanggakan dalam membawa pelajarnya menyertai pelbagai acara fesyen di luar negara.

Pertandingan itu turut menampilkan enam juri antarabangsa iaitu Aden Yong dari Malaysia, Max Lee (China), Arun Ratna (India), Kiko Wang (Singapura), Inga Ojog (Romania) dan Athul Suresh dari Emiriah Arab Bersatu.

Peserta dinilai menerusi dua cabaran utama yang menguji kreativiti penggayaan, cita rasa fesyen serta penguasaan pentas, dengan cabaran pertama mengetengahkan tema Motorsport Racing, Retro ’80s dan Dream Job.

Cabaran kedua pula berkonsepkan Neon Futuristic yang menuntut peserta menghasilkan penampilan futuristik menerusi gabungan pakaian, kasut dan aksesori berdasarkan kreativiti masing-masing.

Program itu turut menampilkan Christmas Duet Fashion Show yang menghimpunkan pasangan ahli keluarga, adik-beradik dan rakan-rakan di pentas peragaan, selain Cultural Show yang mengetengahkan kepelbagaian budaya.

Turut berlangsung ialah International Model Awards Presentation bagi meraikan pencapaian individu dalam bidang peragaan, selain menjadi platform menghubungkan model, jenama dan penggiat industri dari pelbagai negara.

Melinda berkata, penganjuran program berkenaan diharap dapat memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang dan pendedahan kepada bakat muda untuk berkembang dalam industri fesyen global.

Edisi ketiga program itu sekali gus memperkukuh usaha ALIST Signature dan ALIST Academy Malaysia dalam membangunkan generasi baharu peragaan menerusi pengalaman profesional, pengiktirafan antarabangsa serta peluang mengetengahkan kreativiti di pentas dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini