Pas tolak kerjasama dengan pihak memusuhi Islam

Pas tolak kerjasama dengan pihak memusuhi Islam

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menegaskan tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan pihak yang secara terbuka memusuhi Islam dan umatnya.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun parti itu tidak menolak kerjasama dengan golongan bukan Islam selagi mereka tidak bersikap ekstrem atau memusuhi agama berkenaan.

Katanya, Pas berpegang kepada prinsip bahawa kerjasama dengan kumpulan Islam adalah suatu kewajipan, manakala kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan selagi tidak melanggar batas yang ditetapkan agama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka, Pas menolak sebarang kerjasama dengan pihak yang terbuka bermusuh terhadap Islam,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden Pas bertajuk Beristiqamah Bersama Hukum Tertinggi dalam Islam.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mendakwa terdapat kumpulan Melayu Islam yang sanggup menjadi jurucakap dan pembela DAP bagi membantu parti berkenaan meraih sokongan pengundi Melayu Islam.

Beliau mendakwa, kumpulan terbabit menggunakan pendekatan agama termasuk jenama Islam progresif, pluralisme dan Madani bagi menarik undi tambahan untuk DAP dalam pilihan raya.

Menurutnya, tindakan itu bertujuan membantu DAP menambah jumlah kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Percayalah kumpulan ini akan pupus apabila dipinggirkan oleh DAP apabila gagal menggoda Melayu Islam,” katanya.

Abdul Hadi turut membandingkan kumpulan berkenaan dengan Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang dianggotai penyokong bukan Islam.

“Kalau Pas ada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) daripada kalangan bukan Islam, maka diadakan Himpunan Melayu Islam penyokong DAP yang bertindak menjadi jurubicara dan pembela kepadanya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan secara khusus parti atau kumpulan Melayu Islam yang dimaksudkannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini