Calon berkerusi roda kekal semangat duduki hari pertama SPM 2026

Calon berkerusi roda kekal semangat duduki hari pertama SPM 2026

Jeffry bersama Mohd Azam serta calon SPM 2026 SMK Presint Putrajaya Presint 16(1) hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun berkerusi roda, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16(1) kekal bersemangat untuk menduduki hari pertama SPM yang bermula hari ini.

Dalam keadaan paha kiri berbalut serta bergerak dengan bantuan kerusi roda, Jeffry Mohammad Noor, 17, tetap hadir demi masa depannya.

“Saya kuatkan semangat untuk hadir hari ini demi masa depan,” katanya ketika ditemui sebelum memasuki dewan peperiksaan, pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jeffry berkata, sokongan ibu bapa, guru dan rakan sekolah menjadi pembakar semangat untuknya menduduki SPM yang bermula hari ini.

“Alhamdulillah, ibu bapa, guru dan rakan sekolah banyak memberikan sokongan kepada saya. Saya perlu kuat dan tidak boleh mengalah kerana peperiksaan ini penting untuk masa depan,” katanya.

Terdahulu, Jeffry yang ditemani ibunya, Aliaa Nadiah Abdul Latif, 41, adalah antara 243 calon SMK Presint 16(1) yang menduduki peperiksaan SPM 2026 bertulis hari ini.

Aliaa yang juga penjawat awam berkata, anaknya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta pada 13 November lalu ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat.

Katanya, Jeffry menerima rawatan di Hospital Putrajaya selama dua minggu sebelum menjalani pembedahan pada tulang paha kiri.

“Sepanjang tempoh rawatan, kami sekeluarga sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat supaya anaknya tidak menjadikan kemalangan itu sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.

“Kami sekeluarga sentiasa memberikan semangat kepadanya supaya terus kuat menghadapi SPM dan tidak menganggap kemalangan ini sebagai kelemahan atau penghalang untuk berjaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini