Jelajah promosi @ Pantai Timur suntik semangat Sukan SEA, Para ASEAN 2027

Jelajah promosi @ Pantai Timur suntik semangat Sukan SEA, Para ASEAN 2027

TUAH maskot rasmi bagi Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14 2027 sentiasa menjadi tumuan pada siri jelajah promosi sukan terbesar Asia Tenggara itu yang bakal berlangsung di Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semangat menyemarakkan sambutan Sukan SEA ke-34 dan Sukan Para ASEAN ke-14, Malaysia 2027 dibawa ke Pantai Timur menerusi program Jelajah Promosi @Pantai Timur.

Siri jelajah berkenaan melibatkan beberapa lokasi terpilih di Pahang pada 20 November, Terengganu (22 November) dan berakhir di Kelantan, hari ini.

Jelajah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran masyarakat mengenai penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam masa yang sama, objektif penganjuran jelajah ialah untuk mengajak rakyat agar bersama-sama menyokong dan menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027.

Program berkenaan turut membuka ruang kepada rakan media di ketiga-tiga negeri untuk mendapatkan maklumat, menyaksikan aktiviti promosi secara langsung serta membuat liputan bagi menyampaikan mesej dan kemeriahan jelajah kepada masyarakat setempat.

Pelbagai lokasi tumpuan awam akan menjadi persinggahan jelajah ini, termasuk kawasan rekreasi, pantai, pusat komuniti, institusi pendidikan dan lokasi ikonik yang dijangka menarik perhatian orang ramai.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini