Tindakan agresif ejen ICE undang kecaman

Tindakan agresif ejen ICE undang kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEATTLE: Tindakan agresif ejen imigresen persekutuan Amerika Syarikat (AS) menahan seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma kelmarin mencetuskan kecaman banyak pihak terhadap operasi Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).

Insiden itu berlaku ketika Parti Demokrat bersiap sedia mengambil alih kawalan Kongres dan menyiasat kaedah operasi agensi berkenaan.

Senator Demokrat, Patty Murray, yang mewakili Washington, berang selepas melihat rakaman video yang memaparkan ejen ICE bertindak keras terhadap seorang wanita di laluan penghubung pesawat di lapangan terbang SeaTac.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Presiden Donald Trump perlu menjawab kepada Kongres yang dikuasai Demokrat mulai 3 Januari dan tindakan agensi itu pasti akan dipertanggungjawabkan,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Dalam kejadian itu, sekumpulan ejen persekutuan bertopeng bertindak menahan penumpang di laluan penghubung pesawat ketika mereka sedang menaiki penerbangan Alaska Airlines menuju Los Angeles.

Rakaman video kejadian menunjukkan seorang wanita ditolak jatuh ke lantai ketika berlaku kekecohan antara ejen dan penumpang. Insiden itu turut menyebabkan penerbangan berkenaan mengalami kelewatan.

Pihak Pelabuhan Seattle menyatakan kekecewaan terhadap insiden itu yang membabitkan ejen ICE dan dua penumpang.

ICE dalam kenyataan memaklumkan, pegawainya sedang berusaha menahan Ricardo Larrondo Mendoza, warga Mexico yang didakwa tinggal melebihi tempoh visa dibenarkan, sebelum tindakan mereka diganggu penumpang lain.

Alaska Airlines dalam kenyataan melalui e-mel memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang makluman awal berhubung operasi penguatkuasaan itu dan sedang meneliti sama ada prosedur sewajarnya dipatuhi.

Syarikat penerbangan itu turut bimbang terhadap insiden berkenaan yang disifatkan sebagai pengalaman mencemaskan penumpang dan kakitangannya, selain menegaskan pihaknya tidak mengarah atau menyelaras operasi penguatkuasaan imigresen.- BLOOMBERG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini