Wei Chong-Kai Wun akhiri kemarau 27 tahun

Wei Chong-Kai Wun akhiri kemarau 27 tahun

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Arena Kai Tak, semalam. Malaysia menamat kemarau 27 tahun sejak gandingan legenda, Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock menang pada 1999. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Man Wei Chong-Tee Kai Wun menamatkan kemarau 27 tahun untuk menyaksikan beregu lelaki Malaysia menjulang gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Arena Kai Tak, semalam.

Gandingan No. 9 dunia itu menewaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-19, 21-17 dalam masa 39 minit dalam perlawanan akhir.

Kemenangan itu juga juga membuka laluan kepada Wei Chong-Kai Wun memintas beregu No. 18 dunia itu dengan rekod pertemuan 2-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kali terakhir beregu lelaki Malaysia menjuarai Terbuka Hong Kong ialah menerusi Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock yang dilakukan pada edisi 1999 iaitu kira-kira 27 tahun lalu.

Wei Chong berkata, untuk berada dalam lipatan sejarah, selepas menamatkan penantian 27 tahun, ia adalah satu pencapaian yang hebat.

“Tetapi kejayaan hari ini biarlah ia diraikan hari ini sahaja kerana banyak lagi cabaran menanti kami pada tahun depan memandangkan Terbuka Hong Kong kejohanan terakhir kami tahun ini.

“Kami tidak akan memperlahankan langkah kerana tahun depan adalah tahun yang penting dan kami mahu berjuang serta bekerja lebih keras lagi,” katanya kepada wakil BWF.

Mengulas mengenai perlawanan akhir, Kai Wun pula memberitahu, berdepan Leo-Daniel tidak mudah kerana pasangan Indonesia itu sememangnya terkenal dengan pukulan smash yang kencang dan amat penting untuk sentiasa memberi tekanan kepada lawan mereka itu.

Kemaraan Wei Chong-Kai Wun ke pentas akhir juga menamatkan penantian 14 tahun, selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heng berbuat demikian pada edisi 2012, tetapi mereka tewas kepada gandingan handalan China, Cai Yun-Fu Hai Feng. 

Selaku juara, Wei Chong-Kai Wun membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$39,500 (RM162,469) berserta pingat emas pada kejohanan berstatus Super 500 itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini