KRW lebih berhak menang - Garrido

KRW lebih berhak menang – Garrido

PEMAIN Sabah FC Oskari Johannes Kekkonen (tengah) diasak Naim Mulhassan Alias pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-lV, kelmarin. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Sabah FC, Juan Torres Garrido mengakui Kelantan Red Warriors FC (KRW FC) lebih layak meraih kemenangan selepas The Rhinos tewas 1-2 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, kelmarin, apabila tuan rumah mempamerkan kemahuan lebih tinggi untuk mendapatkan tiga mata.

Torres Garrido berkata, Sabah gagal menampilkan persembahan lebih baik terutama pada separuh masa kedua, ketika KRW FC mula menguasai permainan dan memberikan tekanan kepada pasukannya.

“Kelantan menunjukkan mereka begitu mahukan tiga mata dan kami sepatutnya mengucapkan tahniah kepada mereka, kerana pendekatan yang ditampilkan lebih baik berbanding kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan lawan mula mengatur serangan dan kami semakin tewas dalam persaingan, malah sering kehilangan bola, sedangkan kami sepatutnya mampu tampil lebih baik tetapi gagal melakukannya,” katanya.

Keputusan itu menjadi peringatan buat The Rhinos untuk segera memperbaiki kelemahan sebelum melayan kunjungan Sengor FC di Stadium Likas, Sabtu ini.

Mengulas lanjut, Garrido enggan menjadikan keadaan padang sebagai alasan utama kekalahan pasukannya, meskipun mengakui permukaan padang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tidak berada dalam keadaan terbaik.

“(Padang) tidak begitu bagus tetapi inilah bola sepak dan mungkin mereka (KRW FC) sudah terbiasa bermain di sini, namun keadaan itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana kami juga seharusnya mampu tampil lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini