Jual makanan guna kereta sorong sara keluarga

Jual makanan guna kereta sorong sara keluarga

Kereta sorong
LIZA Malik menjual juadah sarapan menggunakan kereta sorong bagi menyara keluarga di Kampung Duyong Kecil, Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ibu enam anak nekad menjual sarapan dengan menolak kereta sorong dari rumah ke rumah di sekitar Kampung Duyong Kecil, di sini, sejak 17 tahun lalu.

Rutin itu menjadi sebahagian daripada kehidupan Liza Malik, 49, bagi menyara keluarga termasuk enam anaknya selepas suaminya menghidap penyakit saraf.

Katanya, dia akan berjalan kaki berjalan kaki di lorong-lorong kecil sambil menolak ke­reta berisi aneka makanan se­jauh kira-kira 1.5 kilometer me­ngelilingi kampung berkenaan bagi mencari pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini ada peniaga lain menjual sarapan menggunakan kereta tolak. Apabila dia meninggal dunia, saya pula yang teruskannya selepas melihat peluang untuk mencari rezeki, tambahan pula anak-anak masih

kecil ketika itu.

“Setiap pagi saya akan menolak kereta masuk ke kampung dan menjual makanan dari rumah ke rumah. Biasanya saya sing­gah sekitar tujuh hingga la­pan rumah sehingga selesai kira-kira pukul 10 pagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, dia turut menjual ma­kanan di gerai berhampiran Masjid Duyong Kecil, sebelum membawa jualan masuk ke kawasan kampung bagi me­mudah­kan penduduk mendapatkan sarapan tanpa perlu ke­luar jauh.

Antara makanan yang dijual termasuk kuih-muih, nasi lemak, nasi minyak dan bihun goreng yang diperoleh daripada penduduk setempat.

Katanya, kebanyakan maka­nan itu disediakan oleh pendu­duk yang menghantar jualan ke­padanya untuk dipasarkan, se­kali gus membantu menjana pen­dapatan bersama.

Walaupun pekerjaan itu memerlukan tenaga dan kesabaran, Liza tetap meneruskan rutin berkenaan demi mencari rezeki, selain memastikan penduduk kampung dapat menikmati pelbagai pilihan makanan pagi yang dibawa terus ke depan rumah mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini