MITI perlu bergerak sepasukan hadapi persaingan global

MITI perlu bergerak sepasukan hadapi persaingan global

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap bahagian dan jabatan dalam Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu bekerja sebagai satu pasukan yang pantas, cekap dan kompetitif untuk menghadapi persaingan di pentas global.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ada negara yang memperoleh kemerdekaan lebih lewat tetapi lebih maju kerana kepimpinan dan kementeriannya bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama.

Katanya, pengalaman beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan (MOF) memperlihatkan perbezaan peranan kedua-dua kementerian dengan kementerian itu antara lain bertanggungjawab menjaga rekod dan dasar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pernah berkhidmat di MOF. Kalau kita lihat MOF, kementerian itu menjaga apa yang sudah berlaku. Mereka panggil bookkeeper, timekeeper, policy keeper.

“MITI sebenarnya adalah gatekeeper. Sebelum orang masuk, mereka kena melalui kita dahulu. Sebab itu peranan tuan-tuan dan puan-puan dalam MITI sangat penting.

“MITI ini ialah kementerian yang mempunyai satu pasukan, satu semangat dan satu matlamat,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Sukan Negara MITI 2026 dan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Antara Rumah MITI 2026 di Arena Sukan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, kejohanan itu memberi peluang kepada warga MITI untuk mengeratkan hubungan dan memupuk semangat berpasukan yang diperlukan dalam tugas seharian.

Katanya, disiplin yang dituntut dalam pekerjaan turut teruji di gelanggang sukan kerana setiap usaha memburu kemenangan tetap tertakluk pada peraturan pertandingan.

“Kalau kita hendak menjadi kakitangan yang produktif dan cekap, perkara paling penting ialah kita mesti ada kekuatan fizikal dan mental.

“Selagi kita ada negara yang merdeka seperti Malaysia, kerja tidak akan habis. Oleh sebab itu, kita mesti ada keseimbangan antara kerja, keluarga dan kesihatan supaya kita mempunyai ketenangan hidup dan dapat melakukan kerja dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini