Kelantan, Terengganu dijangka banjir bermula Selasa

Kelantan, Terengganu dijangka banjir bermula Selasa

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan dan Terengganu diramalkan berkemungkinan dilanda banjir antara Selasa hingga Khamis depan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam hantaran di Facebook miliknya memaklumkan ramalan itu dikeluarkan berdasarkan Analisa data hidrologi model ramalan banjir melibatkan kedua-dua negeri tersebut.

Berdasarkan ramalan itu, banjir dijangka berlaku di kawasan dalam lembangan sungai terutamanya kawasan hotspot banjir, kawasan rendah dan berisiko.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kemas kini terbaharu itu, di Kelantan, kawasan yang dijangka dinaiki air adalah melibatkan Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat.

Kawasan berkemungkinan dinaiki air adalah melibatkan di Lembangan Sungai Golok melibatkan Sungai Buloh, Lanas, Legeh dan Satan, Golok, Jengor, Manal, Jedok, Air Bujing, Pengkalan Nangka, Mentua, Gali, Kelaboran dan Tapang.

Di Terengganu, tujuh daerah diramalkan terlibat dengan kemungkinan banjir iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Di Besut, kawasan terlibat di Lembangan Sungai Besut dan Keluang melibatkan Sungai Besut, Pengkalan Nyireh, Ruar, Peng, Kemia dan Keluang Besar.

“Daerah Setiau melibatkan Lembangan Sungai Setiu dan Sungai Terengganu iaitu di Sungai Setiu, Chalok, Guntung, Ima Hitam, Nerus dan Pelong.

“Daerah Kuala Nerus pula melibatkan Lembangan Sungai Terengganu iaitu Sungai Terengganu dan Nerus,” katanya.

Sementara itu, di Marang, banjir diramalkan berpotensi berlaku di Lembangan Sungai Marang, Lembangan Sungai Ibai dan Lembangan Sungai Merchang.

“Di Dungun pula melibatkan Lembangan Sungai Dungun, Lembangan Sungai Paka dan Lembangan Sungai Sura menakala di Kemanan merangkumi kawasan di Lembangan Sungai Kemaman dan Lembangan Sungai Kemasik,” katanya.

Dalam notis itu, JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada masa dijangkakan.

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini