Speedy Tigers mudah belasah Kanada 6-0

Speedy Tigers mudah belasah Kanada 6-0

PEMAIN hoki negara, Fitri Saari (tengah) mengawal bola ketika bertemu pasukan Kanada pada saingan Piala Sultan Azlan Shah ke-32 di Stadium Hoki Azlan Shah malam tadi. -BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam aksi Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2026 dengan dengan kemenangan 6-0 ke atas Kanada, sebentar tadi.

Faizal Saari dan masing-masing satu oleh Azrai Aizad Abu Kamal dan Amirul Hamizan Azahar adalah penyumbang gol Speedy Tigers.

Di hadapan hampir 2000 penokong anak buah Brendan Carolan mempamer aksi kemas dan bertenaga untuk tidak memberi ruang kepada lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dengan kemenangan ini Malaysia terus menghimpit Australia dan Pakistan yang turut memenangi perlawanan masing-masing.

Australia membelasah Korea Selatan 7-1 manakala Pakistan membenam USA 5-1.

Peluang berehat esok pasti digunakan semua pasukan untuk mengembalikan kesegaran pemain selepas beraksi dua perlawanan berturut-turut.

Speedy Tigers akan bertemu Australia pada 24 November dan Pakistan 26 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini