Azizulhasni dedah enggan tunduk pada ramalan pakar

Azizulhasni dedah enggan tunduk pada ramalan pakar

NAIB Canselor UKM, Profesor Datuk Dr Sufian Jusoh bertemu dan bergambar bersama Datuk Azizulhasni Awang ketika Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-54 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Keputusan seorang pakar kardiologi sukan supaya tidak terlalu mengharapkan peluang untuk kembali beraksi di peringkat tertinggi selepas menjalani pembedahan jantung tidak mematahkan semangat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk meneruskan kariernya.

Azizulhasni yang menjadi Penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan), berkata, beliau memilih untuk meneruskan perjuangan meskipun berdepan ketidakpastian mengenai masa depan karier dan kehidupannya selepas disahkan mengalami masalah jantung yang jarang berlaku.

“Masalah kesihatan dikenali sebagai Anomalous Right Coronary Artery (Kelainan Salur Darah Koronari Kanan) itu dikesan selepas beliau memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali gus memerlukan beliau menjalani pembedahan jantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan berkenaan bukan masalah jantung seperti yang diketahui umum, sebaliknya kelainan salur darah koronari sejak lahir yang melibatkan kurang daripada satu peratus populasi dunia,” katanya di sidang media Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata,cabaran paling besar dihadapinya adalah ketika menjalani proses pemulihan apabila seorang pakar kardiologi sukan di Melbourne pada Mac 2022 mengingatkannya supaya tidak terlalu berharap untuk kembali mencapai tahap tertinggi dalam sukan.

“Pakar berkenaan memaklumkan belum pernah ada atlet yang menjalani pembedahan jantung berjaya kembali beraksi dengan cemerlang di peringkat dunia.

“Saya boleh menerima kata-kata itu sebagai satu pengakhiran, ataupun, terus mencuba dan berusaha dan pada waktu itu, saya memilih untuk meneruskan perjuangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini