Iran nafi laporan serangan peluru berpandu AS-Israel di Pulau Qeshm - Utusan Malaysia

Iran nafi laporan serangan peluru berpandu AS-Israel di Pulau Qeshm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran menafikan laporan berhubung serangan peluru berpandu oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Pulau Qeshm, selatan negara itu pada Jumaat.

Menurut Anadolu, Iran menjelaskan bunyi letupan yang didengari berpunca daripada pelupusan bahan letupan yang tidak meletup daripada serangan terdahulu.

Agensi berita separa rasmi Fars memetik Timbalan Gabenor Hormozgan, Ahmad Nafisi sebagai berkata, letupan itu berlaku ketika pihak berkuasa menjalankan operasi pelupusan terkawal bahan letupan yang ditinggalkan selepas serangan AS-Israel sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nafisi meminta penduduk supaya tidak panik.

Terdahulu pada Jumaat, sebuah lagi agensi berita separa rasmi, Tasnim, melaporkan peluru berpandu yang dilancarkan AS dan Israel mengenai kawasan di pinggir Pulau Qeshm.

AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Februari lalu. Teheran bertindak balas dengan menyerang Israel serta kemudahan ketenteraan AS di negara-negara Arab.

AS dan Iran menandatangani perjanjian rangka kerja pada Jun dan memulakan rundingan, namun proses itu kemudian terhenti berikutan perselisihan mengenai kaedah memastikan laluan selamat dan bebas melalui Selat Hormuz.

Pertempuran antara AS dengan Iran kembali tercetus secara berkala sejak Julai, ketika usaha menamatkan perang masih diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini