Anggota trafik tercedera ketika Op Motosikal di Besut

Anggota trafik tercedera ketika Op Motosikal di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut tercedera di bahagian paha ketika sedang menjalankan tugas dalam Op Motosikal di Bandar Jerteh malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab Rahim berkata, dalam kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi ketika anggota tersebut sedang menjalankan operasi di sebuah stesen minyak di Bandar Jerteh.

“Ketika operasi itu anggota berkenaan cuba menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna hitam dan merah tanpa nombor pendaftaran serta tidak memakai topi keledar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki tersebut bertindak memecut motosikal secara tiba-tiba sehingga menyebabkan anggota berkenaan terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian paha kiri,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa telah dibawa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini