Ketua Pegawai Eksekutif WPP, Cindy Rose, Dijadualkan Menyampaikan Ucaptama Di C Space® Mengenai Meneroka Kepentingan Kebebasan Data dan Kepercayaan dalam Era Kecerdasan Buatan (AI) - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Ketua Pegawai Eksekutif WPP, Cindy Rose, Dijadualkan Menyampaikan Ucaptama Di C Space® Mengenai Meneroka Kepentingan Kebebasan Data dan Kepercayaan dalam Era Kecerdasan Buatan (AI)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK, 19 November 2026 /PRNewswire/ — Semasa acara media di New York City, Consumer Technology Association (CTA)®, pemilik dan pengeluar CES®, mengumumkan Cindy Rose, Ketua Pegawai Eksekutif WPP, akan membuat penampilan di C Space® untuk ucaptama. Beliau akan meneroka sebab kebebasan data dan kepercayaan telah menjadi asas kritikal dalam era AI, memandangkan teknologi ini membentuk semula industri pengiklanan secara menyeluruh. Oleh kerana AI generatif dan agentik semakin mempengaruhi cara keputusan dibuat dan produk dibeli, Rose akan membincangkan sebab jenama pada masa ini mesti meraih pengaruh daripada manusia dan algoritma — menjadikan kepercayaan, ketelusan dan standard terbuka sebagai kemestian untuk jenama.

"AI mencipta peluang baharu merentasi pengiklanan, membantu jenama menjadi lebih cekap, kreatif dan terhubung dengan pengguna," kata Kinsey Fabrizio, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, CTA. "Transformasi itu memacu pertumbuhan merentasi industri dan akan dipamerkan di CES."

WPP ialah satu daripada syarikat pemasaran dan media terkemuka di dunia, memberikan perkhidmatan kepada banyak jenama terbesar di dunia. Perniagaannya merangkumi pengiklanan, media, kreatif, penerbitan, perhubungan awam, strategi jenama, perdagangan dan pengalaman pelanggan. WPP menyatukan keupayaan tersebut untuk membantu syarikat membina jenama, menjangkau khalayak dan memacu pertumbuhan pada peringkat global.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rose telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif WPP pada bulan September 2025, selepas berkhidmat dalam Lembaga Pengarah syarikat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif sejak tahun 2019. Beliau telah memegang peranan kepimpinan kanan dalam sektor teknologi, telekomunikasi, media, hiburan dan kreatif, termasuk Ketua Pegawai Operasi untuk Microsoft Global Enterprise, Presiden Microsoft Western Europe dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft UK. Terdahulu dalam kerjayanya, beliau pernah menjadi Pengarah Urusan bagi bahagian pengguna UK di Vodafone, Pengarah Eksekutif Hiburan Digital di Virgin Media dan menghabiskan 15 tahun di The Walt Disney Company dalam pelbagai jawatan kepimpinan kanan.

"Saya secara peribadi percaya bahawa tidak pernah ada masa yang lebih menarik untuk berada dalam industri ini. Akses kepada keupayaan AI semata-mata bukan lagi faktor pembeza; sebaliknya, keupayaan untuk menggunakan AI bagi memacu pertumbuhan dan inovasi untuk pelanggan, serta membina kelebihan daya saing melalui kecerdasan pemasaran yang unik yang menjadi pembeza sebenar," ujar Rose. "Kepercayaan bukan sekadar slogan atau nilai sampingan; kepercayaan telah menjadi model operasi komersial. Saya tidak dapat memikirkan peringkat yang lebih baik selain CES untuk meneroka sejauh mana jenama terkemuka dunia boleh memanfaatkan AI perusahaan secara meluas, di samping melindungi kebebasan data dan pembezaan jenama yang akhirnya menentukan pihak yang menang."

Ucaptama dengan Rose akan diadakan pada hari Rabu, 6 Januari, pukul 11 pagi di pentas Mariposa Ballroom, ARIA. Lebih banyak perbualan mengenai agen AI, pemasaran jenama, pemasaran pencipta dan keterlibatan pelanggan akan diadakan semasa pemprograman persidangan.

C Space di CES merupakan hab utama bagi industri pemasaran, pengiklanan, kandungan dan hiburan. Menyatukan jenama global, platform media, agensi, pencipta dan inovator teknologi, C Space menghubungkan para pemimpin yang membentuk keterlibatan khalayak, penceritaan jenama dan inovasi media. Di CES 2026, lebih daripada 19,000 peserta industri menyenaraikan Pemasaran, Hiburan, Kandungan dan Pengiklanan sebagai satu daripada tarikan perniagaan mereka dan 68% merupakan eksekutif peringkat kanan. Kampus C Space mempunyai waktu operasi yang sedikit berbeza berbanding ruang pameran di aras lain:

  • Hari Selasa, 5 Januari: 9 pagi hingga 6 petang (pemprograman persidangan sahaja)
  • Hari Rabu, 6 Januari: 9 pagi hingga 6 petang
  • Hari Khamis, 7 Januari: 9 pagi hingga 6 petang

Daftar sekarang untuk CES 2027.

Maklumat Tentang CES®:
CES ialah acara teknologi paling berkuasa di dunia – tempat pembuktian bagi teknologi rintisan dan inovator global. Di sini, jenama terbesar dunia menjalankan perniagaan dan bertemu rakan niaga baharu dan inovator yang amat peka kepada perkembangan semasa membuat pembentangan. Dimiliki dan diterbitkan oleh Consumer Technology Association (CTA)®, CES menampilkan setiap aspek daripada sektor teknologi. CES 2027 akan berlangsung dari 6-9 Januari di Las Vegas. Ketahui lebih lanjut di CES.tech dan ikuti CES di media sosial.

Maklumat Tentang Consumer Technology Association (CTA)®:
Sebagai persatuan perdagangan teknologi terbesar di Amerika Utara, CTA ialah sektor teknologi. Ahli kami terdiri daripada inovator terkemuka dunia – daripada syarikat pemula sehingga jenama global – membantu menyokong lebih daripada 17 juta pekerjaan Amerika. CTA memiliki dan menerbitkan CES® – acara teknologi paling berkuasa di dunia. Temui kami di CTA.tech. Ikuti kami @CTAtech.

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5100259_MS00259_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI