![]() |
Perniagaan Milik Wanita dan Profesional Wanita Diberi Pengiktirafan pada Majlis Anugerah di Bandar Raya New York
FAIRFAX, Va., 19 Nov 2026 /PRNewswire/ — Stevie® Awards untuk Wanita dalam Perniagaan, anugerah tertinggi dunia untuk usahawan, eksekutif dan pekerja wanita serta organisasi yang mereka terajui, telah mengumumkan senarai pemenang bagi 2026.
Stevie Awards for Women in Business ialah pertandingan antarabangsa yang dianjurkan oleh pihak yang memperkenalkan The International Business Awards® dan The American Business Awards®. Stevie diiktiraf secara meluas sebagai anugerah perniagaan paling berprestij di dunia.
Senarai finalis pertandingan 2026 diumumkan pada September. Pemenang Stevie Award peringkat Emas, Perak dan Gangsa dalam kalangan finalis diumumkan pada majlis gala di Marriott Marquis Hotel, New York pada Isnin, 16 November. Lebih daripada 480 profesional wanita yang dicalonkan dan tetamu mereka menghadiri majlis penyampaian anugerah itu, yang disiarkan secara langsung menerusi Vimeo.
Pertandingan tahun 2026 menerima lebih 1,500 pencalonan daripada organisasi dan individu di 56 negara. Para pemenang diberi pengiktirafan atas pencapaian dalam lebih 100 kategori, termasuk Eksekutif Terbaik Tahun Ini, Usahawan Terbaik Tahun Ini, Syarikat Paling Inovatif Tahun Ini, Syarikat Pemula Terbaik Tahun Ini dan Tempat Kerja Terbaik Tahun Ini di bawah Pimpinan Wanita. Lebih daripada 210 profesional perniagaan daripada lapan panel penilai khusus memilih pemenang Stevie Award peringkat Emas, Perak, dan Gangsa.
Trofi Grand Stevie Award disampaikan kepada lima organisasi yang mengemukakan himpunan penyertaan terbaik dalam pertandingan, sama ada atas nama sendiri atau atas nama seorang atau beberapa pelanggan. Anugerah ini tidak dibuka untuk permohonan secara langsung. Pemenang Grand Stevie Award ditentukan berdasarkan jumlah mata daripada kemenangan di peringkat Emas, Perak dan Gangsa. Setiap kemenangan Emas Stevie membawa 3 mata, Perak Stevie 2 mata dan Gangsa Stevie 1.5 mata.
Berikut ialah pemenang Grand Stevie Award 2026, disenaraikan mengikut jumlah mata tertinggi hingga terendah:
- Award Writing Services memperoleh 122 mata menerusi 11 kemenangan Emas, 19 Perak dan 24 Gangsa, atas nama sendiri dan pelanggannya.
- IBM (seluruh dunia) memperoleh 43 mata menerusi lima kemenangan Emas, 11 Perak dan empat Gangsa.
- Cherishers 811 CIC, Rugeley, Staffordshire, United Kingdom, memperoleh 42.5 mata menerusi dua kemenangan Emas, 10 Perak dan 11 Gangsa.
- Purpol Marketing, Chippenham, United Kingdom, memperoleh 42 mata menerusi tiga kemenangan Emas 12 Perak dan enam Gangsa.
- The Dr Z Functional Medicine Academy LLC, Sheridan, Wyoming, Amerika Syarikat, memperoleh 30.5 mata menerusi empat kemenangan Emas, tujuh Perak dan tiga Gangsa.
Pemenang Stevie Award peringkat Emas, Perak dan Gangsa bagi tahun 2026 terdiri daripada pelbagai organisasi besar dan kecil dari seluruh dunia. Antara pemenang utama Emas Stevie Award dalam pertandingan tahun ini ialah nama-nama berikut:
- Surbhi Dhir, Ketua Perkhidmatan Kewangan, Perbankan dan Pasaran Modal, Capgemini, Toronto, Kanada, bagi kategori Eksekutif Wanita Terbaik Tahun Ini – Perkhidmatan Perniagaan – Lebih daripada 2,500 Pekerja.
- Marina Vernetti, Ketua Pegawai Operasi, Eropah, UK dan Afrika, Genpact, Bucharest, Romania, bagi kategori Eksekutif Wanita Terbaik Tahun Ini – Perkhidmatan Perniagaan – Lebih daripada 2,500 Pekerja
- Olanda Sharp-Buckley, Naib Presiden Organisasi Pembelajaran Dell, Dell Technologies, Austin, Texas, Amerika Syarikat, bagi kategori Eksekutif Wanita Terbaik Tahun Ini – Perkhidmatan Perniagaan – Lebih daripada 2,500 Pekerja.
- Eman Al Amri, Pengarah, Institut Media Al Jazeera, Doha, Qatar, bagi kategori Eksekutif Wanita Terbaik Tahun Ini – Kerajaan atau Organisasi Bukan Untung – 11 hingga 2,500 Pekerja
- Kübra Kalyoncu, Pengerusi Lembaga Pengarah, Kalyon PV Solar Technologies, Ankara, Türkiye, bagi kategori Wanita Paling Inovatif Tahun Ini – Industri.
- Carla Moreno Gamboa, Netforce GS, Lima, Peru, bagi kategori Pemimpin Keselamatan Siber Terbaik Tahun Ini (Wanita).
- Turkcell, Istanbul, Türkiye, bagi Pencapaian dalam Pendidikan untuk Kanak-kanak Perempuan dan Wanita Muda.
- Kyndryl, New York, NY Amerika Syarikat, bagi Pencapaian dalam Pendidikan untuk Kanak-kanak Perempuan dan Wanita Muda.
- Intel Foundry, Santa Clara, CA Amerika Syarikat, bagi Pencapaian dalam Pemasaran – Perniagaan kepada Perniagaan
- Dell Technologies, Austin, Texas, Amerika Syarikat, bagi Kecemerlangan dalam Inovasi AI (Peringkat Organisasi).
- National Talents Company, Dubai dan Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu, bagi kategori Syarikat Milik Wanita atau Diterajui Wanita dengan Pertumbuhan Terpantas Tahun Ini.
- Council of Women in Business in Bulgaria, Sofia, Bulgaria, bagi kategori Organisasi Terbaik Tahun Ini – Kerajaan atau Organisasi Bukan Untung – Sehingga 10 Pekerja
- Forma Makina, Istanbul, Türkiye, bagi kategori Pasukan Pengurusan Terbaik Tahun Ini dalam Organisasi Milik Wanita atau Diterajui Wanita – Lebih daripada 10 Pekerja
- Access Offshoring, Brisbane, Australia, bagi kategori Penyelesaian Sumber Manusia/Tenaga Kerja Terbaik Berasaskan AI.
- FGX Strategic Solutions for Law Firms, São Paulo, Brazil, bagi kategori Pencapaian Jabatan dalam Inovasi AI.
Selain pemenang Grand Stevie Award yang disebut di atas, berikut ialah antara organisasi yang memenangi sekurang-kurangnya dua Gold Stevie Awards:
- 4 Voices, Morningside, Queensland, Australia
- Access Offshoring, Brisbane, Australia
- Avahi Inc., San Francisco, California, Amerika Syarikat
- BELBİM, İstanbul, Türkiye
- Cadence Speaker Academy, Billings, Montana, Amerika Syarikat
- Cleveland Hopkins International Airport, Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat
- Dr. Hala El-Wakeel, National Talents Company dan Imam Abdulrahman Bin Faisal University – College of Design, Dammam, Wilayah Timur, Arab Saudi
- Domtar, Fort Mill, South Carolina, Amerika Syarikat
- Ebebek Mağazacılık A.Ş., Ataşehir/İstanbul, Türkiye
- Ebony Bunz Creative, North Lakes, Queensland, Australia
- Elephant in the Room Consulting, Carindale, Queensland Australia
- Epique Realty, Houston, Texas, Amerika Syarikat
- HALKBANK, Istanbul, Türkiye
- Innovative Leadership Institute, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat
- Intel Foundry, Santa Clara, California, Amerika Syarikat
- Kalyon PV Solar Technologies, Ankara, Türkiye
- Lead & Empower Her, Coronado, California, Amerika Syarikat
- LickYourPhone Media, Sydney, New South Wales, Australia
- Light Source Communications (LSC), Southgate, Michigan, Amerika Syarikat
- Miles for Smiles Cancer Foundation, Kamloops, British Columbia, Kanada
- National Talents Company, Khobar, Wilayah Timur, Arab Saudi
- Qnovo, Milpitas, California, Amerika Syarikat
- ShellShocked Media, Gold Coast, Queensland, Australia
- SnoozeShade, London, United Kingdom
- Supernal World Creations, Naples, Florida, Amerika Syarikat
- Teeny Tiny Homes, Brisbane, Queensland, Australia
- The Audacious Agency, Maroochydore, Queensland, Australia
- The Dr Z Functional Medicine Academy LLC, Sheridan, Wyoming, Amerika Syarikat
- TheSmartInteractive, Istanbul, Türkiye
- ThriveAxis®, Vancouver, Washington, Amerika Syarikat
- UnitedHealthcare Consumer Services, Eden Prairie, Minnesota, Amerika Syarikat
- Viderity, Leesburg, Virginia, Amerika Syarikat
Layari http://women.stevieawards.com/ untuk senarai lengkap pemenang Stevie mengikut kategori.
Maklumat Tentang Stevie Awards
Sejak 2002, Stevie Awards menjadi antara program anugerah perniagaan paling berprestij di dunia, dengan mengiktiraf pencapaian cemerlang di tempat kerja merentas negara. Nama "Stevie" berasal dari perkataan Yunani stephanos, yang bermaksud "dimahkotakan."
Stevie Awards merangkumi sembilan program anugerah perniagaan:
- Stevie Awards Asia Pasifik
- Stevie Awards Jerman
- Stevie Awards Timur Tengah & Afrika Utara
- The American Business Awards®
- The International Business Awards®
- Stevie Awards untuk Majikan Cemerlang
- Stevie Awards untuk Wanita dalam Perniagaan
- Stevie Awards untuk Kecemerlangan Teknologi
- Stevie Awards untuk Jualan dan Khidmat Pelanggan
Setiap tahun, Stevie Awards menerima lebih daripada 12,000 pencalonan daripada organisasi di lebih daripada 70 negara dan wilayah. Anugerah ini mengiktiraf organisasi tanpa mengira saiz serta golongan profesional di sebalik kejayaan mereka.
Ketahui lebih lanjut di www.StevieAwards.com.
Hubungan Media:
Nina Moore
+1 703 547 8389
[email protected]
Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5099344_MS99344_6












