ASEAN yakin Kod Tatalaku selesai tahun depan

ASEAN yakin Kod Tatalaku selesai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Rundingan Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan antara ASEAN dan China dijangka dimuktamadkan tahun depan, ketika Singapura mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN.

Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn berkata, rundingan itu tidak perlu dimulakan semula dari awal memandangkan 80 peratus daripada draf kod berkenaan sudah mencapai persetujuan.

Beliau berkata, ASEAN dan China kekal komited untuk memuktamadkan Kod Tatalaku itu tahun depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami amat optimis bahawa perkara ini dapat diselesaikan,” katanya pada taklimat di Jakarta semalam.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat beberapa isu yang belum mencapai persetujuan, namun tidak memperincikannya.

Menteri Luar Filipina, Ma Theresa Lazaro pada Ahad berkata, antara isu utama yang masih belum diselesaikan ialah sama ada Kod Tatalaku itu akan mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang.

Pada sidang media selepas hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN ke-49 di Manila, Lazaro berkata, semua pihak bersetuju meneruskan rundingan secara konstruktif bagi memuktamadkan Kod Tatalaku yang berkesan dan menyeluruh secepat mungkin.

Beliau berkata, perbezaan pendirian antara negara anggota ASEAN dan China, selain tempoh masa yang diperlukan untuk rundingan, menyebabkan persetujuan itu gagal dimuktamadkan tahun ini.

“Jika diberikan tempoh lima hingga enam bulan lagi, kita mungkin dapat menyelesaikannya,” katanya.

Rundingan Kod Tatalaku ASEAN-China di Laut China Selatan berlarutan lebih dua dekad.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini