Johor kaji pelaksanaan umur kahwin 18 tahun

Johor kaji pelaksanaan umur kahwin 18 tahun

Johor kahwin 18 tahun
Nooh Gadut melawat ruang reruai pada JITA Townhall Tea Talk 2026, di Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor mengkaji cadangan penetapan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam pada usia 18 tahun di negeri ini sebelum ia dilaksanakan.

Keputusan rasmi mengenainya dijangka dapat diumumkan dalam tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun hadapan.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr. Nooh Gadut berkata, ada beberapa aspek yang perlu diperhalusi sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sebelum membuat sebarang ketetapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antaranya pengecualian yang membolehkan pasangan beragama Islam yang belum mencapai usia 18 tahun untuk mendirikan rumah tangga.

“Ini kerana mengikut hukum Islam, mereka yang berumur rendah (bawah 18 tahun) boleh dibenarkan untuk berkahwin.

“Kita boleh menyelaraskan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam pada usia 18 tahun tetapi perlu kaji dari segi pengecualian yang diberikan atas faktor kesihatan dan keperluan mendesak yang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis Persatuan Pelancongan Islam Johor (JITA) Townhall Tea Talk 2026 yang disempurnakan Pengarah Tourism Johor, Mohammad Nazrul Abd Rahim di sini, hari ini.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan hanya Selangor dan Kedah sudah meminda peruntukan undang-undang berkaitan umur minimum perkahwinan orang Islam kepada 18 tahun.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan akan terus berusaha menyelaraskan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun di seluruh negara secara berperingkat, melalui kerjasama rapat dengan kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini