DUN Kedah: Kedah mahu lahirkan generasi durian bukan strawberi

DUN Kedah: Kedah mahu lahirkan generasi durian bukan strawberi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Generasi muda di Kedah dipersiap dengan pelbagai program pembangunan sahsiah di peringkat remaja bagi membantu golongan itu pembentukan karakter, sahsiah dan jati diri supaya lebih berdaya tahan selain kompeten bagi mendepani cabaran dunia sebenar.

Ini kerana, golongan itu sering dipolemikkan atau dilabel sebagai generasi ‘strawberi’ yang dianggap lemah atau kurang mendapat perhatian oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Kedah, Datuk Siti Aishah Ghazali berkata, kerajaan negeri sedang melaksanakan program untuk pembangunan sahsiah di peringkat remaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau saya cakap orang marah. Tetapi kita di Kedah ingin melahirkan generasi ‘durian’ iaitu di luar berduri, kemas. Tetapi di dalam isinya sedap,” katanya menjawab pertanyaan daripada Salim Mahmood (PN-Bukit Lada) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, di sini, hari ini.

Beliau menambah, sehingga kini, Program Kem Bina Sahsiah mencatatkan penyertaan seramai 401 peserta sejak diperkenalkan semula pada 2024, iaitu seramai 193 peserta pada 2024 dan 208 peserta pada 2025.

“Untuk makluman, inisiatif awal program itu sebenarnya diasaskan pada 2006, hasil cetusan idea pada era kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sepanjang 16 siri penganjuran berjaya melahirkan lebih 3,000 alumni dalam kalangan remaja melalui modul yang merangkumi aspek disiplin, kerohanian, emosi dan kepimpinan.

“Bagi pelaksanaan 2026, Program Kem Bina Sahsiah diteruskan dengan pendekatan pembangunan sahsiah remaja secara menyeluruh melalui pengisian modul yang lebih tersusun, interaktif dan bersesuaian dengan cabaran generasi muda masa kini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini