Sajak ‘Patik Tak Rela’, polis ambil keterangan Ahli Parlimen Pasir Gudang

Sajak ‘Patik Tak Rela’, polis ambil keterangan Ahli Parlimen Pasir Gudang

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bagi membantu siasatan berhubung sajak ciptaannya yang bertajuk ‘Patik Tak Rela’.

Hassan masuk berseorangan ke Bukit Aman kira-kira pukul 2.50 petang tadi dan keluar hampir dua jam kemudian.

“Siasatan berkaitan dengan sajak tulisan saya yang tular di media sosial dan saya disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lebih kurang satu jam 45 minit siasatan itu, dalam bentuk soalan dan jawapan. Ini dipanggil percakapan beramaran di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurutnya, beliau menjawab hampir kesemua soalan diajukan namun ada beberapa persoalan yang tidak dijawab dan memilih untuk menjawab di mahkamah jika ada keperluan kelak.

“Kesemua pegawai polis terbabit bersikap profesional dan beliau memberi kerjasama penuh kepada siasatan termasuk menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai penyiasat,” jelasnya.

Terdahulu, Hassan dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) pada 3 petang hari ini.
Sebelum ini, Hassan memuat naik sebuah sajak menerusi Facebook miliknya sambil meluahkan rasa kecewa berhubung isu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini