ACFTA 3.0 buka lebih banyak peluang dagang kepada PMKS – Anwar - Utusan Malaysia

ACFTA 3.0 buka lebih banyak peluang dagang kepada PMKS – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 bakal membuka lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan, khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menyambut baik kemajuan pelaksanaan perjanjian itu dan mahu kerjasama ASEAN dengan China diperluas ke bidang lain.

“Kerjasama ini juga perlu diperluas dalam bidang ekonomi digital, AI, pemindahan teknologi, pembangunan kemahiran serta peralihan tenaga bersih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar berkata, Malaysia komited memperkukuh hubungan ASEAN-China yang tahun ini genap 35 tahun hubungan dialog dan lima tahun Perkongsian Strategik Komprehensif.

Dalam soal keselamatan serantau, beliau berkata, Malaysia kekal komited terhadap rundingan Kod Tata Laku (COC) di Laut China Selatan bagi menjamin keamanan dan kestabilan rantau ini.

Mengenai Gaza, Anwar berkata, Malaysia menghargai sumbangan China dalam usaha kemanusiaan dan pembinaan semula wilayah itu.

“Saya turut menegaskan pendirian Malaysia terhadap kekejaman yang berterusan ke atas rakyat Palestin, khususnya di Gaza, serta keperluan untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini