Tanah runtuh: Dentuman kuat, rupanya dinding rumah roboh

Tanah runtuh: Dentuman kuat, rupanya dinding rumah roboh

KEADAAN rumah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Merah, Perak, semalam.- JBPM Perak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Seorang penduduk di Kampung Bukit Merah, Semanggol di sini tidak menyangka bunyi dentuman kuat dari belakang rumahnya petang semalam adalah merupakan ekoran tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian dinding rumahnya dihempap pokok.

Muhammad Ridzwan Suhaimi, 19, berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang ketika hujan lebat itu turut menyebabkan air bercampur lumpur dari lereng bukit mengalir deras masuk ke dalam rumahnya.

“Saya nampak dinding belakang rumah sudah roboh ditimpa pokok. Air berlumpur pula mengalir deras masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, kejadian itu merupakan pertama kali dialaminya dan keluarga sejak tinggal di situ.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan polis menasihatkan penduduk di sekitar dan kawasan terjejas berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana dikhuatiri akan berlaku pergerakan tanah susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini