Sanusi harap kerjasama BN-PN diteruskan sehingga PRU

Sanusi harap kerjasama BN-PN diteruskan sehingga PRU

MUHAMMAD Sanusi Md Nor dalam sidang akhbar selepas membentangkan Bajet 2027 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Aman di Alor Setar Kedah hari ini. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) wajar diteruskan sehingga pilihan raya umum (PRU) susulan perkembangan positif yang ditunjukkan dalam pilihan raya negeri (PRN) termasuk terbaharu di Melaka semalam.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau juga menjangkakan kerjasama berkenaan akan berkekalan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Alhamdulillah kita menang banyak lebih dari dulu. Saya jangka begitulah (kerjasama BN-PN). Saya harap pun begitulah,” katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan Bajet 2027 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas mengenai keputusan PRN Melaka itu, beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang positif kepada kerjasama politik berkenaan.

“Ya! Ini adalah kejayaan kerjasama BN dan PN,” katanya.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan, beliau mempunyai masa yang terhad untuk turun padang bagi kempen PRN Melaka sebelum ini kerana ingin menumpukan perhatian terhadap pembentangan bajet hari ini.

“Bukan ubah strategi apa-apa, saya nak fokus bajet ini. Bajet tahun ini terperinci. Lebih panjang, lebih lama, lebih detail. Kita fokus betul-betul. Jadi tak sempatlah (berkempen). Ada orang lain ramai lagi,” katanya.

Pada PRN Melaka semalam, BN dan PN memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus memperoleh majoriti dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini