Sekolah JPSHAS perlukan bas sekolah

Sekolah JPSHAS perlukan bas sekolah

KEMUDAHAN bas sekolah penting bagi menjaga kebajikan pelajar pedalaman dan memastikan mereka tidak tercicir daripada peluang pendidikan serta kokurikulum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (JPSHAS), Kuala Tahan, terletak kira-kira 70 kilometer (km) dari bandar Jerantut. 

Sekolah yang dihubungkan melalui jalan raya berturap ini merupakan satu-satunya sekolah menengah di kawasan Ulu Tembeling yang menampung keperluan pendidikan pelajar dari beberapa kampung sekitar. Kemudahan asrama turut disediakan bagi membolehkan anak-anak pedalaman meneruskan persekolahan.

Namun, sekolah ini masih berdepan kekangan apabila tidak mempunyai kenderaan rasmi seperti bas atau van untuk urusan membawa pelajar. Keadaan ini menyukarkan pihak sekolah dan pengurusan asrama, khususnya apabila pelajar jatuh sakit dan perlu dihantar ke hospital atau klinik berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiadaan pengangkutan turut menjejaskan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat daerah dan negeri. Banyak program terpaksa dilepaskan kerana pihak sekolah tidak mempunyai kemudahan untuk membawa mereka ke lokasi pertandingan atau aktiviti. Kesannya, peluang pelajar mengembangkan bakat, menimba pengalaman dan mengumpul markah kokurikulum turut terhad.

Sekiranya sebuah bas atau van disediakan, kemudahan itu bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh SMK JPSHAS, malah berpotensi membantu sekolah rendah berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tembeling, SK Bukit Mat Daling, SK Gusai, SK Kuala Sat, SK Merting, SK Kuala Tahan, SK Chebong dan SK Pasir Durian.

Kemudahan pengangkutan ini amat penting bagi memastikan pelajar di kawasan pedalaman mendapat peluang pendidikan dan penyertaan kokurikulum yang lebih baik, setanding dengan rakan sebaya di kawasan bandar.

Sehubungan itu, kami merayu kepada Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mempertimbangkan pembekalan sebuah bas atau van kepada SMK JPSHAS untuk kegunaan sekolah serta membantu keperluan pengangkutan sekolah-sekolah pedalaman di sekitarnya.

Usaha ini bukan sekadar menyediakan kemudahan pengangkutan, malah menjadi pelaburan penting dalam memastikan kebajikan dan masa depan pendidikan anak-anak Ulu Tembeling terus terbela. –UTUSAN

 

PENJAGA MADANI
Jerantut,

 Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini