Tiada keperluan bubar Parlimen, Anwar masih ada mandat

Tiada keperluan bubar Parlimen, Anwar masih ada mandat

Anthony Loke Pusingan U
ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tiada keperluan untuk Parlimen dibubarkan ketika ini selagi kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, tiada sebab untuk Perdana Menteri tunduk kepada mana-mana tekanan memandangkan beliau masih menerima sokongan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen.

Beliau berkata, malah kuasa membubarkan Parlimen terletak pada Perdana Menteri selaras peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, bukannya kepada pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selagi ada sokongan majoriti yanggl kukuh di Dewan Rakyat, tidak ada sebab untuk tunduk kepada mana-mana tekanan.

“Kerajaan Perpaduan akan terus kekal sehinggalah Perdana Menteri merasakan sampai masa untuk membubarkan Parlimen,” katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Tahunan DAP Johor di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan beberapa pihak supaya Parlimen segera dibubarkan selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan besar dengan 24 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memperoleh empat kerusi.

Menurut Siew Fook, Perdana Menteri mempunyai pertimbangan sendiri untuk menentukan masa sesuai mengadakan pilihan raya selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, tempoh mandat kerajaan ketika ini masih berbaki kira-kira setahun dan Perdana Menteri seharusnya memanfaatkan tempoh itu untuk melaksanakan reformasi serta beberapa agenda penting yang dirancang.

Katanya, antara perkara yang perlu diberikan tumpuan ialah agenda reformasi perundangan yang kini berada dalam proses terakhir, termasuk beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan dan penggubalan undang-undang baharu.

“Ia untuk memperkukuhkan tatakelola dan juga pengurusan kewangan negara kita serta memastikan agenda membanteras rasuah dapat diperkukuhkan.

“Jadi fokus dan agenda kerajaan, khususnya Perdana Menteri, seharusnya ke arah melaksanakan kerja-kerja tersebut dan reformasi itu, bukannya tunduk kepada mana-mana tekanan untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan agenda berkenaan sepanjang baki tempoh pentadbiran sebelum mandat semasa berakhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini