Keputusan PRN Melaka bukti rakyat yakin dengan penyatuan ummah - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Keputusan PRN Melaka bukti rakyat yakin dengan penyatuan ummah – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membawa mesej yang cukup bermakna, khususnya terhadap keyakinan rakyat kepada usaha penyatuan ummah.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata keputusan itu juga mencerminkan harapan pengundi untuk melihat pentadbiran yang adil, berkebajikan serta mampu memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negeri berkenaan.

Beliau menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran dan merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka atas mandat serta kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

“Keutamaan PAS untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memperoleh majoriti mudah selepas memenangi 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, setakat jam 9.40 malam ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata keputusan itu membolehkan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Beliau berkata, berdasarkan keputusan sehingga jam 9.40 malam, BN memperoleh 15 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi dua kerusi dan Perikatan Nasional (PN) satu kerusi.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh kepimpinan PN dan BN, calon, petugas serta jentera parti yang menunjukkan kesungguhan, pengorbanan dan semangat kebersamaan sepanjang menghadapi pilihan raya ini.

“Semoga Allah SWT memberkati kemenangan ini, memandu setiap langkah kepimpinan yang diberikan amanah serta mengurniakan kekuatan untuk berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini