Jumlah keluar mengundi cecah 13.56 peratus setakat pukul 9.30 pagi - Utusan Malaysia

Jumlah keluar mengundi cecah 13.56 peratus setakat pukul 9.30 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Data Peratusan Keluar Mengundi (Voter Turnout Online) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan sebanyak 13.56 peratus atau 90,739 pengundi telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat pukul 9.30 pagi ini.

Proses pengundian bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri itu bermula pada pukul 8 pagi ini dengan pengundi hadir ke pusat mengundi masing-masing bagi memilih wakil rakyat untuk penggal seterusnya.

Berdasarkan pemantauan data peratusan itu, DUN Serkam menunjukkan jumlah keluar mengundi tertinggi setakat ini iaitu 16.92 peratus manakala DUN Kesidang mencatatkan jumlah terendah iaitu 12.88 peratus

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai 675,166 pengundi biasa layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian ini bagi menentukan wakil rakyat yang bakal mewakili kawasan masing-masing.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini peratusan keluar mengundi menerusi paparan Voter Turnout Online di laman rasmi SPR, https://dashboard.spr.gov.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini