Syarat minimum lepasan UEC ke program perubatan IPTS kekal

Syarat minimum lepasan UEC ke program perubatan IPTS kekal

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini bersetuju mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program perubatan di Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), seperti yang diputuskan sebelum ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, lepasan UEC yang memenuhi syarat minimum B4 dalam lima mata pelajaran ditetapkan kekal layak memohon kemasukan terus ke program ijazah perubatan di IPTS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mencapai satu ketetapan iaitu mengekalkan syarat minimum kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu ataupun UEC ke program pengajian perubatan sepertimana syarat sebelum pindaan,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akan menyelaras tindakan susulan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memastikan pelaksanaan ketetapan itu berjalan lancar.

Jelasnya lagi, usaha penyelarasan itu juga bagi menyelesaikan sebarang isu berbangkit, selain memastikan standard dan kualiti pendidikan perubatan negara, termasuk di IPTS, terpelihara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini