Ayam percik beraroma Pantai Timur

Ayam percik Pantai Timur beraroma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPELBAGAIAN sajian Pantai Timur menjadikan masakan dari negeri itu sentiasa mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan tradisional.

Selain nasi dagang dan nasi kerabu, ayam percik turut menjadi antara hidangan popular yang menambat selera ramai.

Minggu ini, Seri kongsikan resipi ayam percik yang boleh dicuba sendiri di rumah untuk sajian seisi keluarga.Bahan-bahan:

Memuatkan artikel berkaitan…

Perapan:• 250 gram dada ayam
• 5 gram garam
• 2 gram serbuk lada hitam
• 3 gram serbuk kunyit
• 10 gram serbuk cili
• 5 gram bawang putih
• 8 gram halia
• 10 gram serai
Sos percik:
• 100 gram santan
• 80 gram bawang merah
• 10 gram bawang putih
• 5 gram lengkuas
• 10 gram kunyit hidup
• 10 gram serai
• 10 gram cili kering (dikisar)
• 20 gram gula Melaka
• 80 gram minyak masak
• 5 gram jintan putih
• 5 gram jintan manis

Cara penyediaan:
• Perap ayam bersama bahan-bahan perapan. Simpan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya empat jam.
• Kisar bahan-bahan sos percik kecuali santan, gula Melaka dan garam, kemudian tumiskan sehingga naik bau dan pecah minyak.
• Masukkan santan, gula Melaka dan garam. Reneh menggunakan api perlahan sambil dikacau berterusan sehingga kuah pekat.
• Panaskan kuali dan panggang ayam yang telah diperap sambil dibalikkan sekali-sekala sehingga 80 peratus masak.
• Sapu sos percik pada ayam dan teruskan memanggang sehingga ayam masak sepenuhnya. Rehatkan ayam selama 3 hingga 5 minit.
• Sedia untuk dihidangkan.
• Tuangkan lebihan sos percik di atas ayam atau di sebelahnya. Hiaskan dengan timun, cili merah dan sayur-sayuran segar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini