Cohere Memperkukuh Komitmen di Jepun dengan Pelaburan AI Berdaulat dan Penerimagunaan Perusahaan yang Semakin Berkembang - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Cohere Memperkukuh Komitmen di Jepun dengan Pelaburan AI Berdaulat dan Penerimagunaan Perusahaan yang Semakin Berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penubuhan entiti undang-undang Jepun baharu, inisiatif AI berdaulat yang diperluas dan perkongsian perusahaan tempatan mempercepat pertumbuhan Cohere di Jepun

TOKYO, 13 November 2026 /PRNewswire/ — Cohere, penyedia AI berdaulat yang terkemuka untuk perusahaan dan kerajaan, hari ini mengumumkan momentum penting di Jepun, termasuk rancangan untuk menubuhkan entiti undang-undang Jepun dan memperluas pelaburan dalam inisiatif AI berdaulat yang disesuaikan mengikut keperluan kawal selia, linguistik dan perindustrian negara.

Pengumuman itu dibuat ketika organisasi Jepun semakin giat mencari penyelesaian AI yang selamat bagi memberikan organisasi berkenaan kawalan yang lebih besar terhadap data sensitif dan harta intelek. Model gred perusahaan Cohere dan platform Utara membolehkan penempatan AI lanjutan dalam persekitaran persendirian yang sangat selamat, membantu memenuhi keperluan keselamatan, kediaman data dan pematuhan yang ketat memandangkan tuntutan pengawalseliaan dan keselamatan siber berkembang.

Memuatkan artikel berkaitan…

"Jepun muncul sebagai satu daripada pasaran utama dunia untuk AI yang selamat dan berdaulat," kata Andrew Chang, Naib Presiden APAC, Cohere. "Organisasi merentasi sektor awam dan swasta bergerak melangkaui fasa percubaan dan menempatkan AI dalam persekitaran misi kritikal. Kami berbangga dapat memperkukuh kehadiran tempatan kami di Jepun dan bekerjasama dengan beberapa institusi, serta perusahaan terpenting di negara itu tatkala keupayaan AI yang mencerminkan keperluan, nilai dan keutamaan strategik di negara itu dibina sendiri."

Membina AI untuk Jepun
Syarikat berkenaan telah membina pasukan tempatan di bawah kepimpinan Hyonju Cho, Pengurus Negara Cohere bagi Jepun, sambil bekerjasama dengan organisasi Jepun untuk memajukan keupayaan AI domestik. Syarikat itu telah bekerjasama dengan Fujitsu untuk menyokong pembangunan dan penempatan teknologi AI berdaulat, termasuk Takane, model bahasa besar (LLM) yang dioptimumkan untuk pasaran Jepun. Seperti yang diumumkan oleh Agensi Digital Jepun, Takane ialah antara LLM domestik yang terpilih untuk penilaian dalam GENAI, persekitaran AI generatif yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada usaha AI Kerajaan Agensi tersebut.

Hari ini, produk Cohere ditempatkan oleh organisasi yang beroperasi dalam sektor awam dan pembuatan termaju, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk sistem AI yang selamat bagi membolehkan organisasi mengekalkan kawalan ke atas data dan operasi masing-masing.

Bagi menyokong pertumbuhan ini, Cohere merancang untuk menubuhkan entiti undang-undang Jepun, sekali gus mengukuhkan keupayaan syarikat itu untuk berkhidmat kepada pelanggan tempatan dan melabur lebih banyak dalam ekosistem AI yang semakin berkembang pesat di negara berkenaan. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, Cohere melabur dalam ekosistem rakan kongsinya yang semakin berkembang di Jepun, termasuk program latihan dan pensijilan yang direka bentuk untuk membantu rakan kongsi tempatan Jepun membina kepakaran yang berupaya menempatkan penyelesaian AI gred perusahaan yang selamat.

Jepun telah menjadi ssatu daripada pasaran Cohere yang paling pesat berkembang di seluruh dunia, didorong oleh permintaan yang kukuh daripada organisasi yang mencari AI perusahaan yang boleh digunakan dengan selamat dan disesuaikan dengan keperluan tempatan. Penubuhan entiti undang-undang di Jepun mencerminkan komitmen jangka panjang Cohere untuk membina ekosistem global pembina model AI termaju yang boleh mengekalkan pilihan, keselamatan dan kawalan semasa membina infrastruktur kritikal untuk masa depan.

Cohere juga meneruskan inisiatifnya untuk memperluas tawaran Model Vault di Jepun, infrastruktur inferens AI proprietari yang membolehkan penempatan model AI secara selamat dan disetempatkan mengikut rantau. Disokong oleh kluster pengkomputeran tempatan, inisiatif ini membolehkan pelanggan menjalankan inferens dalam rantau sepenuhnya bagi beban kerja AI masing-masing, sekali gus memastikan prom pelanggan dan respons model kekal berada di Jepun sambil menyokong inferens berdaulat, serta mengekalkan perlindungan privasi dan keselamatan yang kukuh.

Mendayakan Penerimagunaan AI dalam Industri yang Sangat Dikawal Selia
Platform Cohere direka bentuk untuk menangani keperluan kompleks berkaitan keselamatan, privasi, pematuhan dan kediaman data, dengan fleksibiliti penempatan merentasi awan awam, awan persendirian, di premis dan persekitaran terasing sepenuhnya, menjadikan Cohere rakan kongsi yang dipercayai untuk kerajaan dan perusahaan yang mengendalikan industri yang dikawal selia.

Pendanaan Siri E Cohere yang mencipta rekod, menyasarkan sehingga CAD $7 bilion dan mewakili penilaian sebanyak CAD $35.7 bilion, akan mempercepat pembangunan model termaju, mengembangkan infrastruktur pengkomputeran berskala perusahaan dan mengukuhkan platform AI tindanan penuh dengan penyelesaian yang dibina khusus, disesuaikan untuk industri yang dikawal selia. Pengambilalihan AISLE mewujudkan Cohere Cyber, meningkatkan keupayaan keselamatan dan pengesanan ancaman bagi organisasi yang beroperasi dalam persekitaran yang sangat sensitif. Bersama-sama, pelaburan ini menandakan keupayaan Cohere untuk menyokong organisasi Jepun dengan penempatan AI yang selamat pada skala besar.

Pelaburan berterusan Cohere di Jepun mencerminkan keyakinan syarikat itu bahawa organisasi semakin mahukan AI yang boleh ditempatkan mengikut terma organisasi itu sendiri, dengan kawalan yang lebih besar ke atas cara AI dibangunkan, ditempatkan dan ditadbir.

Maklumat Tentang Cohere
Cohere, diasaskan pada tahun 2019, ialah penyedia AI berdaulat yang terkemuka untuk perusahaan dan kerajaan yang dikawal selia, serta membolehkan organisasi memiliki, mengendali dan mentadbir sistem AI masing-masing dengan kawalan yang lebih besar ke atas data, infrastruktur dan penempatan organisasi. Platform serba lengkap kami menyediakan tahap keselamatan, privasi dan fleksibiliti penempatan yang maksimum merentasi persekitaran awan awam dan persendirian, persekitaran di premis, serta tetapan terasing sepenuhnya. Beribu pejabat di Toronto, Cohere turut beroperasi di San Francisco, London, New York, Berlin, Montreal, Ottawa, Singapura, Paris, Tokyo, Emiriah Arab Bersatu dan Seoul, serta menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cohere.com.

Sumber artikel: https://www.prnasia.com/asia-story/archive/5095650_MS95650_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI