Trump mahu serang Cuba sebelum tamat penggal

Trump mahu serang Cuba sebelum tamat penggal

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Trump tidak menolak kemungkinan menggunakan kekuatan ketenteraan terhadap Cuba, malah menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan terhadap negara itu sebelum menamatkan tempoh pemerintahannya.

Dalam temu bual bersama Salem News Channel semalam, Trump berkata beliau mahu menyelesaikan isu Cuba sebelum meninggalkan Rumah Putih.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia mengarahkan tindakan ketenteraan terhadap negara kepulauan itu sebelum tamat penggal presidennya, Trump berkata: “Saya mahu menyelesaikan isu Cuba sebelum saya meninggalkan jawatan.”

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memantau keadaan di negara itu dengan teliti. Keadaannya sangat buruk dan pada asasnya sebuah negara yang gagal,” katanya kepada wartawan.

Trump turut memuji Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, yang ibu bapanya berasal dari Cuba, sambil menyatakan beliau percaya Rubio juga mahu tindakan itu dilaksanakan.

“Saya mahu melakukannya demi rakyat Cuba yang datang ke Amerika selepas menerima layanan buruk di negara asal mereka,” katanya.- ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini