Prestasi menurun jejas Aprilia

Prestasi menurun jejas Aprilia

APRILIA- SKY SPORTS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Aksi kurang konsisten menuju penghujung saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) berisiko menyebabkan Aprilia terlepas peluang untuk memenangi gelaran bagi kategori pasukan dan pengeluar.

Walaupun sedang menerajui carta kedudukan ketika ini, namun mereka mungkin dipintas pencabar terdekat, Ducati jika dua pelumbanya, Jorge Martin dan Marco Bezzecchi gagal menyekat kemaraan Marc Marquez.

Berbaki dua perlumbaan musim ini, Marquez dilihat sukar untuk disekat bagi memastikan kejuaraan dunia menjadi miliknya, sekali gus memenangi gelaran dunia ke-10 dan kelapan bagi kelas perdana itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan, pasukan melakukan tugas yang sangat menakjubkan dengan menyediakan jentera kompetitif pada saingan musim ini. Saya sangat teruja dan optimis untuk saingan musim depan.

“Memang benar kami kehilangan banyak mata tetapi saya lebih rela berada dalam situasi seperti ini berbanding berdepan masalah jentera perlahan atau sebagainya,” kata ketua pasukan Aprilia, Massimo Rivola.

Selepas mencatat keputusan positif pada GP Qatar minggu lalu, beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan Aprilia masih mampu untuk meraih gelaran bagi kategori pasukan dan pengeluar dalam dua perlumbaan terakhir.

“Kami sedia untuk berjuang hingga ke garisan penamat dengan harapan memenangi gelaran bagi kategori pasukan. Selepas itu, kami mahukan takhta pengeluar kerana ia sangat penting buat Aprilia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini