Safawi tinggalkan kem Harimau Malaya di China

Safawi tinggalkan kem Harimau Malaya di China atas urusan keluarga

SAFAWI Rasid. - IHSAN KUCHING CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tonggak Kuching City FC, Safawi Rasid terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China hari ini susulan urusan keluarga yang memerlukan kepulangannya ke tanah air.

Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, pemain berkenaan sudah memaklumkan mengenai situasi yang dihadapinya sebelum beliau dibenarkan pulang ke Malaysia.

“Pihak pengurusan pasukan kebangsaan memahami situasi yang dihadapi Safawi dan kami menghormati keputusan beliau untuk pulang ke Malaysia atas sebab urusan keluarga,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kepulangan Safawi menyaksikan skuad kebangsaan kehilangan seorang lagi pemain menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang dijadual berlangsung di China.

Harimau Malaya bakal berdepan tuan rumah, China pada Sabtu ini sebelum meneruskan aksi menentang Yaman pada Selasa depan.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, Guangdong, China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini