Najib perlu patuhi empat syarat jalani tahanan rumah  - Utusan Malaysia

Najib perlu patuhi empat syarat jalani tahanan rumah 

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekatan tempat tinggal, kawalan pergerakan dan lawatan antara syarat dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepanjang menjalani baki tempoh pemenjaraan secara tahanan di rumah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,  syarat tersebut merupakan perkara yang ditetapkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dalam memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib.

Selain itu katanya lagi, Najib turut dikenakan sekatan penggunaan telefon dan alat komunikasi, selain perlu menghadiri program pemulihan dan intervensi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Najib juga dimaklumkan yang beliau tidak boleh berpindah ke rumah, bangunan atau premis lain. Beliau juga tidak dibenarkan keluar dari alamat ditetapkan, melainkan dengan izin bertulis.

“Bagi tujuan solat, solat Jumaat misalnya, kita akan bawa (ke masjid atau surau), selain beliau tidak dibenarkan tinggal bersama isteri, anak, menantu dan cucu, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu.

“Lembaga Pengampunan juga sebut sesiapa yang dibenarkan tinggal, itu orang boleh tinggal. Selain daripada itu, kena ada kebenaran bertulis. Tidak dibenarkan menerima tetamu, melainkan dengan izin bertulis,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai syarat khusus dikenakan ke atas Najib bagi menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 dan agensi bertanggungjawab memantau pematuhan syarat itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini