Anthony Loke letak jawatan: Johor harap projek RTS, SBST tak terjejas

Anthony Loke letak jawatan: Johor harap projek RTS, SBST tak terjejas

MOHAMAD Fazli Mohamad Salleh melakukan gimik pelancaran Blueprint Green and Smart Terminal di Johor Bahru, Johor hari ini.-UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berharap peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak akan menjejaskan pelaksanaan pelbagai projek pengangkutan awam yang sedang beroperasi mahupun dirancang di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, inisiatif tersebut amat penting bagi memastikan kelancaran serta perkhidmatan pengangkutan awam di Johor dapat ditingkatkan.

Beliau turut berharap perubahan kepimpinan di peringkat kementerian dapat memastikan perjalanan projek sedia ada dapat diteruskan selain inisiatif lain dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun beliau meletakkan jawatan dan kemungkinan ada perubahan kepimpinan di peringkat kementerian , usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan bersama beliau sebelum ini dapat diteruskan.

“Projek-projek ini sangat penting untuk Johor, terutamanya yang melibatkan Sistem Transit Rapid (RTS) Link, Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) dan lain-lain.

“Jadi, kami harapkan peletakan jawatan beliau tidak menjejaskan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan pihak MOT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Blueprint Green and Smart Terminal di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini