fbpx

Projek RTS beri impak besar kepada Johor 

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong Kung bersama pemimpin kedua-dua buah negara bergambar pada Majlis Simbolik Penyambungan Semula Projek RTS di tengah-tengah Tambak Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
  • Oleh KHAIRUL MOHD ALI
  • 30 Julai 2020, 3:51 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Keputusan Malaysia dan Singapura menyambung semula Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura merupakan satu projek yang signifikan. 

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, pihaknya menyambut baik keputusan itu dan yakin memberi manfaat kepada rakyat. 

“Pembangunan berimpak besar ini akan melibatkan pelbagai sektor, khususnya sektor rel,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani. 

Hasni turut memberitahu, projek ini akan turut menyumbang kepada penguasaan kepakaran baharu dalam bidang berkaitan. 

Selain itu, katanya pembinaan depoh RTS di Wadi Hana di sini dijangka membuka sebanyak 1,500 peluang pekerjaan selain peluang lain di kawasan sekitar. 

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan projek ini,” tambahnya. 

Dikemaskini pada