Thailand perketat keselamatan siber penerbangan elak kebocoran data

Thailand perketat keselamatan siber penerbangan elak kebocoran data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand mengarahkan semua agensi penerbangan dan penyedia perkhidmatan yang mengendalikan data peribadi memperketat keselamatan siber susulan insiden kebocoran maklumat tempahan penumpang Thai Airways.

Arahan Kementerian Pengangkutan itu dikeluarkan selepas syarikat penerbangan tersebut mendedahkan kira-kira 60,529 rekod tempahan penumpang berkemungkinan diakses tanpa kebenaran menerusi sistem pembekalnya.

Thai Airways mengesahkan insiden itu tidak menjejaskan sistem dalaman dan operasi syarikat atau maklumat kad kredit penumpang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden itu turut mencetuskan kebimbangan susulan laporan beberapa kes serupa membabitkan syarikat penerbangan di Asia yang menggunakan khidmat penyedia teknologi perjalanan, Amadeus.

Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand, Siripong Angkasakulkiat, mengarahkan agensi penerbangan dan penyedia perkhidmatan yang menyelenggara pangkalan data awam supaya memperkukuh kawalan keselamatan.

Beliau turut menggesa semua pihak menukar kata laluan secara berkala serta mengelakkan penggunaan kata laluan yang mudah diteka.

“Walaupun insiden membabitkan Thai Airways itu melibatkan serangan terhadap sistem syarikat swasta, Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua agensi memperketat perlindungan data awam yang disimpan,” katanya.

Beliau berkata, agensi terbabit turut diarahkan memperkukuh keselamatan kelayakan akses sistem serta menggunakan teknologi bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

Siripong berkata, Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan Thailand (NCSA) sedang memantau ancaman siber dan mengambil langkah mencegah akses tanpa kebenaran.

Langkah kerajaan turut merangkumi siasatan serta tindakan undang-undang terhadap individu yang mengakses maklumat peribadi secara tidak sah.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini