Soal relevan atau tidak, peluang yang diberikan kepada pendatang baharu seharusnya adil - Faye Kusairi - Utusan Malaysia

Soal relevan atau tidak, peluang yang diberikan kepada pendatang baharu seharusnya adil – Faye Kusairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Industri kita sebenarnya ramai bakat baharu yang berpotensi. Persoalannya, sejauh mana ruang dan peluang diberikan kepada mereka untuk berkembang?”

Demikian kata Faye Kusairi atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 39, ketika mengulas dilema yang dihadapi oleh pendatang baharu dalam dunia seni ketika ini.

Faye berkata, industri seni tempatan bukan kekurangan bakat tetapi perlu menyediakan lebih banyak ruang untuk mereka membuktikan kemampuan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya kita bukan kekurangan bakat tetapi industri perlu memberi lebih banyak ruang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan menjadi pelakon yang lebih matang dari segi kerjaya serta seni lakonan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, dia tidak mempertikaikan hak produksi memilih pelakon, tetapi mahu peluang yang lebih adil diberikan kepada bakat baharu untuk mengembangkan kerjaya dalam industri seni.

“Saya faham pihak produksi bertanggungjawab memastikan sesebuah karya berjaya, termasuk mengambil kira pandangan klien atau stesen televisyen dalam pemilihan pelakon berdasarkan kesesuaian watak dan keperluan produksi.

“Namun, soal relevan atau tidaknya seseorang pelakon itu bersifat subjektif, tetapi peluang yang diberikan kepada mereka seharusnya adil dan saksama,” katanya.

Dalam pada itu, Faye menegaskan pandangannya bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak.

Ujarnya, dia sendiri pernah melalui pengalaman sebagai pendatang baharu yang mencari peluang suatu ketika dahulu.

“Saya bukan berniat menuding jari kepada mana-mana pihak. Saya sendiri pernah bermula sebagai pendatang baharu dan tahu bagaimana rasanya mencari peluang.

“Saya cuma berharap industri kita mempunyai ekosistem pembangunan bakat yang lebih tersusun,” katanya.

Terdahulu, Faye menerusi satu hantaran membangkitkan nasib pelakon baharu yang kurang mendapat peluang, meskipun industri seni tempatan mempunyai ramai bakat berpotensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini