1,500 mahasiswa anak Pahang adakan sesi dialog bersama MB di PICC - Utusan Malaysia

1,500 mahasiswa anak Pahang adakan sesi dialog bersama MB di PICC

mahasiswa anak Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dijangka berhimpun pada Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 14 November ini.

Berlangsung dari pukul 7 pagi hingga 7.30 malam, konvensyen itu bakal menjadi platform menghimpunkan suara mahasiswa untuk berkongsi pandangan dan aspirasi bersama kepimpinan tertinggi negeri, khususnya berkaitan masa depan serta pembangunan Pahang.

Presiden Majlis Anak Pahang Nasional (MAMPAN) Kebangsaan, Wan Izzul Hakim Wan Jamal Abdul Nasir.

Presiden Majlis Anak Pahang Nasional (MAMPAN) Kebangsaan, Wan Izzul Hakim Wan Jamal Abdul Nasir berkata, penganjuran konvensyen itu bertujuan melahirkan barisan pemimpin mahasiswa yang mempunyai jati diri, integriti serta semangat kenegerian yang tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mahasiswa anak Pahang bukan sekadar golongan yang menuntut ilmu di menara gading, sebaliknya merupakan aset penting dan bakal pemimpin yang akan menyumbang kepada pembangunan negeri.

“Kita mahu melahirkan barisan mahasiswa yang berfikiran matang, berani menyuarakan pandangan dan mempunyai keupayaan kepimpinan untuk membawa aspirasi anak Pahang ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

mahasiswa anak Pahang

Berteraskan tiga elemen utama iaitu kepimpinan, intelektual dan kenegerian, antara pengisian utama konvensyen itu ialah sesi dialog terbuka (Townhall) bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sesi berkenaan dijangka membuka ruang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan negeri, selain menyuarakan idea dan pandangan berkaitan pembangunan Pahang.

Konvensyen itu turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada penyanyi popular, Nabila Razali dan kumpulan Floor 88.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini