Kepulangan Najib disambut penyokong - Utusan Malaysia

Kepulangan Najib disambut penyokong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Taman Duta di sini, untuk menjalani baki hukuman penjaranya secara tahanan di rumah, berkuat kuasa hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu tiba sekitar jam 9.27 malam dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 berwarna perak dan diiringi beberapa kenderaan daripada Jabatan Penjara serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketibaan Najib ‘disambut’ puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang ‘berkampung’ di lokasi sejak kira-kira jam 9 pagi tadi untuk menunggu kepulangan beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain pengamal media, kenderaan pasukan PDRM dan Jabatan Penjara turut berada di sekitar kediaman Najib untuk kawalan keselamatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini