Tujuh warga asing antara 8 mangsa hanyut kepala air Sungai Pertak - Utusan Malaysia

Tujuh warga asing antara 8 mangsa hanyut kepala air Sungai Pertak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

​HULU SELANGOR: Tujuh warga asing antara lapan lelaki yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di lokasi perkelahan Sungai Pertak, Kampung Orang Asli Pertak, di sini semalam.

​Dalam insiden berkenaan, seorang mangsa warga tempatan ditemui lemas awal pagi tadi, manakala tujuh lagi mangsa dilaporkan masih hilang.

​Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata mangsa yang ditemui lemas dikenali sebagai V Vijayan, seorang lelaki tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

​”Mayat mangsa ditemui anggota JBPM di kawasan Jambatan Pertak pada jam 1.30 pagi tadi, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi asal dia dipercayai dihanyutkan arus.

​”Sementara itu, tujuh lagi mangsa masih hilang dan kini dalam operasi pencarian membabitkan seorang lelaki warga Yaman berusia 20 tahun, enam lelaki warga India serta seorang lelaki tempatan,” katanya.

​Mengulas mengenai operasi operasi pencarian, Nor Hisham berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sudah membahagikan kawasan carian kepada tiga sektor utama bagi mengesan semua mangsa.

​”Pasukan SAR kini membahagikan kawasan pencarian kepada Sektor A, Sektor B dan Sektor C bagi memastikan liputan pencarian dibuat secara menyeluruh mengikut aliran sungai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini