Lonjakan pendatang paksa Pulau El Hierro isytihar darurat - Utusan Malaysia

Lonjakan pendatang paksa Pulau El Hierro isytihar darurat

KUMPULAN pendatang tiba di pelabuhan La Restinga, selepas diselamatkan agensi penyelamat maritim Sepanyol di perairan berhampiran Pulau El Hierro, Kepulauan Canary .- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pihak berkuasa El Hierro, sebuah pulau di Kepulauan Canary milik Sepanyol, mengisytiharkan darurat susulan peningkatan mendadak ketibaan pendatang dan pelarian menggunakan bot, selain meminta bantuan kerajaan pusat di Madrid.

Ketua Majlis Pentadbiran El Hierro, Alpidio Armas berkata, pihaknya bimbang dengan peningkatan ketara jumlah pendatang dan pelarian yang tiba di pulau itu sejak awal bulan ini.

Beliau berkata, pengisytiharan darurat itu bertujuan memastikan kerjasama dengan agensi kerajaan pusat bagi menangani situasi berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami amat bimbang. dengan peningkatan mendadak jumlah ketibaan ini,” kata Alpidio Armas, ketua majlis pentadbiran pulau El Hierro, kepada stesen televisyen Sepanyol.

“Inilah yang mendorong kami mengisytiharkan darurat bagi memastikan kerjasama dengan institusi di peringkat lebih tinggi dapat dilaksanakan,” tambahnya kelmarin.

El Hierro merupakan antara laluan utama kemasukan imigran dan pelarian dari Afrika Barat ke Eropah.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lebih 3,300 imigran dan pelarian tiba di pulau itu menggunakan kira-kira 30 bot sejak awal November. Pulau berkenaan mempunyai kira-kira 11,400 penduduk.

Armas berkata, pihak berkuasa kini berusaha menyediakan kemudahan penginapan sementara bagi menempatkan pendatang baharu yang tiba di pulau itu.

Beliau turut memaklumkan keadaan di hospital pulau berkenaan semakin membimbangkan susulan peningkatan jumlah imigran dan pelarian yang memerlukan bantuan.

Pemimpin wilayah Kepulauan Canary, Fernando Clavijo, menyifatkan keadaan itu sebagai ‘tidak dapat dikawal’, menurut agensi berita Reuters pada Jumaat.

Perkhidmatan maritim menyelamatkan seramai 3,261 pendatang dan pelarian di perairan berhampiran Kepulauan Canary dalam tempoh enam hari pertama November.

Clavijo berkata, jumlah ketibaan itu menghampiri rekod yang dicatatkan pada 2024, malah kadar ketibaan pada beberapa hari tertentu ketika ini lebih tinggi berbanding tempoh berkenaan.

Beliau berkata, beberapa bas terpaksa dialihkan untuk membantu operasi pengurusan pendatang, manakala petugas perubatan turut dibawa masuk dari pulau lain bagi menangani peningkatan keperluan bantuan.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini