Skuad B-16 negara bermula langkah kiri

Skuad B-16 negara bermula langkah kiri

AKSI MAlaysia menentang Palestin dalam aksi Kelayakan Piala Asia B-17 2027 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Segalanya tidak menjadi buat skuad kendalian Shukor Adan apabila tumpas 0-2 kepada Palestin dalam aksi pembukaan Kelayakan Piala Asia B-17 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Penyudah tumpul dan hilang kawalan di jentera tengah jelas memberi masalah buat skuad negara, sekali gus menuntut barisan kejurulatihan memperbaiki taktikal menjelang aksi kedua menentang Singapura 14 November ini.

Dalam aksi berkenaan, skuad negara bermula baik apabila hampir meraih gol pembukaan pada minit ketiga, namun Muhammad Haziq Shakirin gagal melakukan penyudah dengan lebih baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tersentak dengan situasi berkenaan, palestin memperkemaskan rentak permainan dan hasilnya mereka Berjaya meraih gol pertama pada minit ke-17 menerusi Yazan Khalifah.

Seminit sebelum rehat separuh masa pertama, Malaysia berpeluang menyamakan kedudukan namun, percubaan Muhamad Fahim Akmal Zulkarnain tepat menuju ke arah penjaga gol Palestin, Mohammed Abdalkarim.

Bersambung babak kedua, Palestin tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan apabila Yousef Alexander Bustami meledak gol kedua pada minit ke-52.

Malaysia terlepas peluang mengutip gol saguhati di hujung permainan selepas sepakan penalti Ahmad Aidil Mukhridz Ahmad Ridzalman ditepis penjaga gol Palestin.

Kedudukan 0-2 kekal berpihak buat Palestin dan menyaksikan mereka membuka kempen kelayakan dengan tiga mata pertama.

Sebagai rekod, hanya juara setiap kumpulan akan mendapat slot ke pusingan akhir yang akan berlangsung di Uzbekistan, Mei tahun depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini